Pages

Wednesday, November 23

Persidangan Memperkasakan Pengurusan Sekolah Menengah

Bermula dari 21 hingga 23 November yang lalu, saya telah menghadiri Persidangan Memperkasakan Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 yang telah diadakan di Kuala Lumpur International Hotel. Tema persidangan kali ini ialah 'Tranformasi Pendidikan Pengurusan Menengah'. Persidangan ini merupakan satu saluran untuk mendedahkan pegawai-pegawai di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang ada hubung kait dengan kepimpinan. Persidangan ini memberi peluang kepada semua peserta membincangkan tentang isu, cabaran dan cara mempertingkatkan kualiti kepimpinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan organisasi.

View from room B1119

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Tan Sri Musa bin Tan Sri Dato' Haji Hassan, Pengarah Pusat Perang Saraf Media dan Informasi UiTM ( Mantan Ketua Polis Negara ) sedang menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Strategik Organisasi.
YB Dato' Sri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA juga turut dijemput untuk menyumbangkan buah fikiran beliau berkaitan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan organisasi.

YB Dato' Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tetap memberikan komitmen beliau terhadap persidangan ini walaupun mengalami sedikit kecederaan di kaki beliau.

Apa agaknya yang dibualkan oleh En. Bob dan saudara Rosli nie?

Friday, November 18

When the phone never stopped ringing...

Refleksi daripada keputusan pertukaran yang telah dibuat baru-baru ini agak mengejutkan saya. Pengalaman pertama menghadapi situasi begini nyaris-nyaris melemaskan. Namun, setelah bertukar-tukar cerita dengan rakan-rakan di daerah lain, rasanya masalah yang saya hadapi ini tidaklah sebesar mana. Di Lipis, saya hanya menguruskan 12 buah sekolah menengah sahaja, bayangkanlah saudara Mat Bakar (PPPDM Kuantan) yang terpaksa menguruskan 38 buah sekolah. Tentulah masalahnya lebih besar daripada saya.
Bermula daripada 10 November yang lalu hinggalah ke saat ini, saya masih lagi menerima panggilan telefon daripada guru-guru yang tidak berpuashati sama ada tentang pertukaran atau penempatan mereka. Saya cuba memberi penjelasan tetapi bagi yang kecewa, tiada penjelasan yang dapat mengubat hati kecuali hasrat dan keinginan mereka dipenuhi. Kalau ada 'magic stick' mungkin saya mampu melakukannya tetapi itu tentulah tidak mungkin. Saya terasa gundah juga dengan situasi yang berlaku ini. Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana keputusan ini dibuat tanpa bermaksud untuk menganiaya sesiapa dan dilakukan sehabis baik yang saya mampu.

Bermula dari 16 hingga 18 November 2011 saya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan GST di RBR Rompin.

Di samping bermesyuarat, turut diselit dengan kursus tatacara pengauditan kewangan sekolah yang disampaikan oleh En. Ramlan Abdullah, Pengelola Cemerlang PPD Rompin dan En. Abdul Razak Hamzah, Pengelola Cemerlang PPD Pekan. ( Tuan Haji Tajuddin, KPP SPS sedang menyampaikan cenderahati kepada En. Razak ). Bagi pihak semua PPPDM, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang Lan dan abang Ajak.

Kesempatan juga diambil untuk meraikan En. Abdullah Haji Abu, mantan PPPDM Maran yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Unit Naik Pangkat di JPN Pahang.

En. Rosli Mubin mewakili semua PPPDM menyampaikan cenderahati kepada En. Abdullah. Kepada En. Lah, tahniah diucapkan. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di JPN nanti.

Friday, November 11

When the results were announced...


10 November yang lalu, keputusan pertukaran melalui eGTukar diumumkan. Waktu itu saya sedang menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data OPMEN di Hotel Brisdale Kuala Lumpur. Bermula jam 2.30 petang telefon bimbit saya mula diserbu panggilan dan masage daripada nombor-nombor yang tiada dalam simpanan saya. Dalam bilik mesyuarat tersebut agak sukar bagi saya untuk membalas semua panggilan tersebut. Kebanyakan yang membuat panggilan dan menghantar masage itu adalah terdiri daripada guru-guru yang memohon bertukar pada tahun depan. Bagi mereka yang permohonannya diluluskan, ingin tahu pula di sekolah mana mereka ditempatkan. Manakala bagi yang tidak diluluskan pula ingin tahu mengapa permohonan mereka tidak diluluskan dan cara untuk membuat rayuan. Panggilan berterusan saya terima sehingga lewat malam. Ada juga yang melefon itu terdiri daripada Pengetua-Pengetua yang mahu tahu pengganti bagi guru mereka yang berjaya bertukar. Dalam situasi ini, amat sukar bagi saya untuk memberi jawapan yang memuaskan hati semua orang. Cuma, bagi yang berjaya saya ucapkan tahniah dan tunggulah surat penempatan yang akan kami keluar dalam seminggu dua ini. Sebaliknya bagi yang tidak lulus, apa yang saya boleh katakan di sini, masanya mungkin belum tiba lagi. Walau bagaimanapun anda masih berpeluang untuk membuat rayuan. Buatlah surat rayuan dan hantar kepada Timbalan PPD Lipis. Insyaalah...jika rezeki anda ada, hasrat dan keinginan anda itu bisa tercapai. Sebagai insan yang dipinjamkan ke jawatan ini...saya ingin sekali bertindak dengan sebaik mungkin. Semoga Allah memberi saya ilham dan kelapangan dalam merealisasikan mimpi anda semua.



Hai, Haji Amir...Harijadi yang ke berapa nie? Dalam sibuk mengemaskini data OPMEN sempatlah juga kita meraikan sabahat-sahabat PPPDM yang menyambut harijadi. Taniah kepada saudara Abdullah, PPPDM Maran kerana dilantik sebagai Ketua Unit Naik Pangkat Jabatan Pelajaran Pahang.

Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur, alhamdulillah sempat saya berhenti menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Lentang. Selama nie duk tengok je masjid nie dari lebuh raya, baru nie berpeluang berhenti dan sembahyang. Tak sangka juga...masjid tengah lebuh raya nie boleh ramai jemaah, dari mana diorang datang agaknya?

Anak bongsu saya kata 'Abah dah berubah sekarang'. Saya tanya kenapa? Dia kata ' Sekarang abah dah tak ada masa nak layan adik'. Hem...saya terkedu juga dengan pertanyaan itu. Namun, luahan rasa anak saya ini ada jua kebenarannya. Akhir-akhir ini setiap minggu saya terpaksa out station dan cuti hujung minggu pula saya terpaksa membereskan kerja-kerja office yang tertangguh. Terasa rindu pula pada kehidupan sebagai guru di sekolah dahulu.

Sunday, October 30

No free time

Dah lama saya tak update blog ini. Bukan kekurangan bahan atau idea, cuma masa yang agak kurang mengizinkan. Jawatan baru yang saya pegang ini betul-betul meragut separuh masa senggang saya. Mendekati cuti akhir persekolahan ini makin bertambah-tambah tugas yang terpaksa saya bereskan. Bermula dengan pengisian permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh secara online dan kemudian disusuli pula dengan proses penempatan pelajar tahun 6 ke tingkatan 1 di sekolah-sekolah menengah daerah Lipis bagi sesi persekolahan 2012. Semalam saya baru pulang dari Kuala Terengganu menghadiri mesyuarat pertukaran guru. 3 hari kat sana, macam nak pecah kepala...stress memanjang. Minggu depan akan bermula pula siri jelajah ke sekolah-sekolah untuk ujian kelayakan kemasukan ke Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP). Ujian ini akan diadakan bermula 2 hingga 11 November di pusat-pusat ujian yang telah dikenalpasti. Selepas keputusan UPSR diumumkan nanti, sibuk pula nak isi permohonan online Sekolah Rancangan Khas. Hem...rasanya, inilah hari-hari yang amat sukar bagi saya. Dah hampir 2 bulan saya terpaksa korbankan cuti hujung minggu untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang memberi galakan dan dorongan. Tidak lupa juga buat anak-anak dan isteri yang memahami...semoga kalian bersabar dengan dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi ini. Insyaallah...we will find time for family activities later.



Walaupun agak sibuk, namun saya berkesempatan juga hadir mewakili PPD Lipis untuk Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-22 SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis yang diadakan pada 22 Oktober 2011. Majlis gilang gemilang ini bersempena juga Sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan sekolah ini. Tetamu istimewa yang dijemput hadir bagi merasmikan majlis ini ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuan Haji Tajuddin merasmikan Bengkel Gimik, SMV SHAS Kuala Lipis. Gimik adalah salah satu kebitaraan sekolah ini selain woodball. (deme punya meriam angin tu kuat sangat la...terkezut keh, nasib tak latah)

Time with family...cuti Deepavali baru-baru nie, sempat la juga bawa bebudak pergi bercuti. Percutian yang tak dirancang nie, kena la cari destinasi yang dah femiliar. Kuantan la, kat mana lagi. Boleh la pekena otak-otak dan satar kat warung Mok Na Tanjung Lumpur. Azizan, kerani BRP bagitau beli baju batik kat Kamdar murah. Murah tak murah RM69 juga weh. Selepas hampir sejam duk pilih baru la dapat 2 helai yang nampak macam batik mahal. Jangan orang kata batik budak sekolah sudah laa...

A relaxing evening...Pantai Batu Hitam, Beserah.


The best time is to eat together...

Wednesday, September 28

Sambutan Hari Raya Warga Pendidikan Lipis 2011

28 September 2011 (Rabu) : Selesai Mesyuarat Penempatan Murid Tingkatan 1 di Heritage Hotel Cameroon Highlands, saya terus bergegas pulang ke Kuala Lipis. Alhamdulillah, sempat jugalah saya menyertai sambutan hari raya warga pendidikan daerah Lipis yang bermula pada pukul 3.00 petang itu. Sebagai pengerusi jawatankuasa persiapan tempat, kenalah tengok-tengok kut-kut ada yang tidak cukup. Terima kasih kepada En. Shahrom (KU SPK) dan abang Bullah (Pen. Akauntan) yang turut membantu saya dalam pengurusan persiapan tempat. Atas kerjasama semua pihak, majlis ini telah berjalan dengan lancar. Ramai juga guru-guru yang hadir. Setinggi penghargaan kepada Dato' Haji Mohamad Noor (Pegawai Daerah) , YM Tengku Nizam (Jurutera Daerah) dan En. Mohd Pauzi (Setiausaha MDL) kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya ini.

CC Talib sedang menyenduk kuah laksa Pahang kepada para tetamu. Menu laksa Pahang disumbangkan oleh SMK Kerambit. Tuan JD puji...katanya sedap. Tahun depan boleh la buat lagi.

Susah nak teka nie...yang mana satu anak dara dan yang mana satu mak dara. Hanya yang berpengalaman sahaja yang boleh membuat pilihan yang tepat.

Sumbangan MGB Daerah Lipis, mee goreng panas.

Orang dewasa pun suka makan ais cream. Rasa-rasanya menu nie yang habis dulu.

Ustaz Saadon, dah makan banyak lemang tu...lepas nie kenalah pergi check kolesterol pula.

En. Mat Nor Wagino (GB SK Tanjung Gahai) dah surrender tapi En. Rani (GB SK Kuala Telang) masih tekun gayenya tu.

Sibuk benar gayenya Mr. Tamilvenan (Guru Besar SJKT Kuala Lipis) dan Mr. Ho (Guru Besar SJKC Benta) sambil makan pun sempat lagi bertelefon.

Sebahagian Pengetua yang hadir. Terima kasih Ustaz Wan Rosli (batik biru : Mantan Penyelia Agama Islam) kerana sudi hadir walaupun kurang sihat.

En. Rushdan (Pengerusi Kelab Staf) sedang melayani Tuan DO menikmati juadah yang disediakan.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan hari raya ini. Insyaallah...jika umur panjang, kita akan mengadakan majlis seumpama ini di bangunan baru pula.

Sunday, September 25

Jamuan Hari Raya Tengku Muda Pahang

Malam semalam (24 September) saya mewakili PPD Lipis menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tengku Muda Pahang yang diadakan di Dataran Lipis. Jamuan hari raya itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Man Bai dan Rossa. Ramai juga orang-orang Lipis yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu telah berakhir pada pukul 11.30 malam. Petang Sabtu tu, saya dan ketua-ketua jabatan lain diminta menunggu ketibaan Yang Mulia Tengku Muda di padang Kawad RAMD Kuala Lipis. Helikopter yang membawa Tengku Muda mendarat sekitar jam 4.45 petang.


Department Heads waiting for the Royal landing.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah bersalaman dengan orang ramai sejurus mendarat dengan helikopter di padang kawad RAMD Kuala Lipis.


Tengku Muda sedang menikmati juadah yang disediakan.



Saya ingat nak balik awal sedikit malam tu, sebab anak-anak kat rumah tak ada orang jaga (isteri pergi kursus di Genting), namun salah pilih lokasi pula, duduk meja depan sekali dengan Tuan Ketua Polis Daerah dan Tuan Jurutera Daerah. Nak tak nak kenalah tunggu sampai majlis tamat. Dapatlah juga saya nengok Rossa menyanyi.



Persembahan artis seberang, Rossa mendapat sambutan hangat daripada orang-ramai. Mat-mat Indon bukan main teruja lagi bila menyaksikan persembahan Rossa. Tahniah kepada abang Polis dan Rela yang berjaya mengawal keadaan, walaupun pada satu-satu ketika tu, keadaan macam sedikit di luar kawalan.

Sunday, September 18

Jamuan Raya KRT Sri Tempoyang-Permai

Pagi tadi (18 Sept) KRT Sri Tempoyang-Permai, di mana saya adalah salah seorang committee membersnya mengadakan jamuan hari raya. Dah lama saya tak involve dalam aktiviti masyarakat ni. Bukan tak suka nak join tetapi akhir-akhir ni agak sibuk sedikit dan selalu out station. Bila ada kelampangan tu, memang tak nak lepas peluang bersosial dengan jiran-jiran setaman. Hidup bermasyarakat ni kenalah juga ambil tau hal-hal yang berlaku di sekeliling kita tidak la jadi 'frog under the coconut shell'. Sampai jiran sakit demam pun tak tahu. Anyway, saya nak minta maaf juga la kepada semua ahli jawatankuasa KRT kerana tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada tahun ini. Semoga di bawah kepimpinan Dato' Haji Mohd Baharin dan Haji Mat Saman, KRT Sri Tempoyang-Permai akan lebih menyerlah pada masa-masa akan datang.


Walaupun kad jemputan tidak diedarkan, namun kehadiran orang-ramai tetap menggalakkan. Semoga dengan program-program seumpama ini maka semangat persaudaraan sesama insan dapat dipertingkatkan.

Thursday, September 8

Rezeki lagi...

Hari ini saya menemani Tuan Timbalan PPD, memenuhi undangan sambutan hari raya di dua lokasi. Satu di SK Wan Ibrahim dan satu lagi di SK Tanjung Besar. Sambutan hari raya di SK Wan Ibrahim dibuat dua dalam satu iaitu sambutan hari raya dan program RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan). Selain SK Wan Ibrahim dua sekolah lagi turut terlibat iaitu SJK (Tamil) Lipis dan SJK (Cina) Chung Hwa. Yang bestnya tentang majlis ini ialah semua guru dan murid memakai pakaian tradisional masing-masing. Semoga melalui program seumpama ini, perhubungan antara kaum di Malaysia akan dapat dipertingkatkan.


Setiap sekolah menyediakan kuih-muih tradisional kaum masing-masing. Kalau rasa nak makan makanan kaum India, bolehlah pekena thosai dengan kari ayam atau kalau teringin nak test masakan kaum Cina, bolehlah makan kuih bulan (moon cake). Teman ingat bila dah lepas raya ni, nak kurangkanlah makan makanan yang berlemak ni. Hem...nampaknya tak dapat nak elaklah. Kalau dah dijemput, tak makan...rasa tak patut pula.

Comel betul tengok murid-murid memakai pakaian tradisional nie. Dah macam Kareena Kapor pula yang seorang tu...

Balik daripada SK Wan Ibrahim, kami terus ke SK Tanjung Besar pula. Guru Besar baharu sekolah ini, En. Abdul Manaf bin Mat adalah bekas Penyelia HEM Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Tu yang kena pergi juga tu. Nak bagi sokongan moral sikit agar beliau lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di SK Tanjung Besar ini. Harap-harap ramai la dapat 5A tahun nie.


Steady juga jamuan raya kat SK Tanjung Besar ni. Siap ada sate lagi. Anyway...tahniah kepada semua guru dan kakitangan di atas usaha keras bagi menjayakan majlis ini. Kome datang makan je la...