Pages

Thursday, September 8

Rezeki lagi...

Hari ini saya menemani Tuan Timbalan PPD, memenuhi undangan sambutan hari raya di dua lokasi. Satu di SK Wan Ibrahim dan satu lagi di SK Tanjung Besar. Sambutan hari raya di SK Wan Ibrahim dibuat dua dalam satu iaitu sambutan hari raya dan program RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan). Selain SK Wan Ibrahim dua sekolah lagi turut terlibat iaitu SJK (Tamil) Lipis dan SJK (Cina) Chung Hwa. Yang bestnya tentang majlis ini ialah semua guru dan murid memakai pakaian tradisional masing-masing. Semoga melalui program seumpama ini, perhubungan antara kaum di Malaysia akan dapat dipertingkatkan.


Setiap sekolah menyediakan kuih-muih tradisional kaum masing-masing. Kalau rasa nak makan makanan kaum India, bolehlah pekena thosai dengan kari ayam atau kalau teringin nak test masakan kaum Cina, bolehlah makan kuih bulan (moon cake). Teman ingat bila dah lepas raya ni, nak kurangkanlah makan makanan yang berlemak ni. Hem...nampaknya tak dapat nak elaklah. Kalau dah dijemput, tak makan...rasa tak patut pula.

Comel betul tengok murid-murid memakai pakaian tradisional nie. Dah macam Kareena Kapor pula yang seorang tu...

Balik daripada SK Wan Ibrahim, kami terus ke SK Tanjung Besar pula. Guru Besar baharu sekolah ini, En. Abdul Manaf bin Mat adalah bekas Penyelia HEM Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Tu yang kena pergi juga tu. Nak bagi sokongan moral sikit agar beliau lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di SK Tanjung Besar ini. Harap-harap ramai la dapat 5A tahun nie.


Steady juga jamuan raya kat SK Tanjung Besar ni. Siap ada sate lagi. Anyway...tahniah kepada semua guru dan kakitangan di atas usaha keras bagi menjayakan majlis ini. Kome datang makan je la...

No comments: