Pages

Sunday, September 29

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Lipis

Pada 25 hingga 27 September bertempat di Hotel Plaza Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Pendidikan Daerah Lipis. Alhamdulillah semua Pengetua dan Guru Besar hadir kecuali beberapa orang Guru Besar yang terpaksa menghadiri mesyuarat lain yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang. Mereka, walau bagaimanapun telah diganti oleh GPK Pentadbiran masing-masing.

Tuan Timbalan PPD, En. Rosli Mubin sedang menyampaikan taklimat beliau berkaitan kepimpinan dan hala tuju PPD Lipis.

Puan Zarina Manja, Unit Kualiti menyampaikan taklimat berkaitan Fail Meja, Minit Curai dan Proses Penyediaan PK03 Pemantauan

Haji Misnan, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis sedang menyampaikan cenderamata kepada En. Wan Tarmizi, Penolong Pengarah (Data) Unit Pengurusan Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Pahang. Terima kasih Che Wan kerana sudi menyampaikan taklimat berkaitan eOperasi.

Pada 22 hingga 24 September yang lalu, teman dan Timbalan PPD, En. Rosli Mubin menghadiri Bengkel Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Penilaian Bersepadu ini akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mulai tahun 2015 nanti. Balik daripada taklimat ini, kome dikehendaki memberi taklimat pula kepada Pengetua, Guru Besar dan GPK Pentadbiran di daerah Lipis. Emm...berat juga tanggungjawab tu.

Sebenarnya sebelum menghadiri bengkel di Grand Continental tu, teman telah menghadiri mesyuarat eOperasi di hotel bersebelahan iaitu Tanjung Vista Hotel pada 18 hingga 20 September. Dua minggu berturut-turutlah teman ke Kuala Terengganu.

Turut bermesyuarat bersama teman di Tanjung Vista Hotel ialah Penolong PPD Rendah iaitu En. Zakaria Samah. Banyak jugalah ilmu baru yang kami dapat berkaitan eOperasi. Harap-harap lepas nie dapatlah kami mengatasi masalah-masalah teknikal yang timbul semasa guru-guru membuat pengemaskinian data nanti.

Sunday, September 15

Hanya tinggal kenangan...

Hari nie, teman menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Lipis yang diadakan di Dewan SK Penjom. Ramai juga jemputan yang hadir. Antara ketua-ketua jabatan yang teman nampak selain Dato' DO ialah Tuan Ketua Polis, Pegawai Pemerintah 8 RAMD dan Pengetua MRSM.

Majlis sambutan dirasmikan oleh YB Dato Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis.

Semalam, teman bersama keluarga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bos teman di Kampung Sungai Tua, Batu Caves. Pening juga teman nak cari rumah pengantin nie, berputar-putar jalannya. Papago pun naik keliru, last-last hanging gitu je. Nasib baik ada clue bunga manggar, boleh la teman follow perlahan-lahan.

Sebelum ke rumah bos, shopping dulu kat Brem Mall Kepong. Tengah bulan nie, so tak bolehlah nak shopping beriya.

Singgah di Wangsa Walk. Layan anak bongsu teman menikmati makanan kegemarannya di Octopus Sushi Restorant.

Hanya tinggal kenangan... Tuan Haji Othman bin Abu Hassan (tiga dari kanan), Ketua Pembantu Tadbir Pejabat Pendidikan Daerah Lipis telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis yang lalu sekitar jam 9.40 pagi. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika melaksanakan tugas pemantauan di SJK (Tamil) Ladang Budu. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Saravanan (Guru Besar), En. Azman (Pemandu PPD) dan Pengawal Keselamatan SJKT Ladang Budu di atas pertolongan saat-saat akhir hayat Tuan Haji Othman. Terima kasih juga kepada saudara Anwar bin Ismail, GPK Kokurikulum SK Kechau Tui kerana membantu membawa isteri arwah ke Pusat Kesihatan Benta.

Pada 11 September 2013 (Rabu) telah berlangsung Mesyuarat Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Kebangsaan Clifford.

Mesyuarat telah dipengerusi oleh YB Dato' Ir Mohd Soffi bin Tan Sri Razak, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. YH Encik Rosdi Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat bertujuan untuk menetapkan tarikh sambutan dan melantik Jawatankuasa Kerja. Sambutan dijangka akan diadakan pada bulan Disember ini iaitu selepas selesai peperiksaan SPM. Namun seandainya keadaan tidak mengizinkan, tarikh tersebut akan ditunda pada bulan Februari tahun hadapan.

YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis juga dijemput hadir bagi menyumbang buah fikiran. Majlis yang melibatkan Ke Bawah Duli Tuanku nie perlu banyak pandangan agar majlis dapat dilangsungkan dengan lancar dan tertib mengikut protokol yang telah ditetapkan.

Selepas tamat mesyuarat, Tuan Pengarah ingin membuat lawatan mengejut ke SMK Padang Tengku. Ini merupakan lawatan pertama beliau sebagai Pengarah ke sekolah di daerah Lipis. Pemilihan sekolah ini mungkin disebabkan SMK Padang Tengku merupakan sekolah pertama beliau bertugas selepas menamatkan pengajian di universiti. Agaknya Tuan Pengarah ingin mengimbau kenangan sewaktu beliau mula-mula bergelar guru dahulu kut. Terima kasih kepada pengusaha kantin SMKPT kerana dalam masa tak sampai 20 minit dapat menyiapkan juadah makan tengah hari untuk Pengarah.

Sunday, September 8

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Lipis 2013

Jamuan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Lipis diadakan pada 6 September yang lalu. Majlis bermula dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir. Selain warga pendidikan, pegawai-pegawai dari jabatan lain juga turut hadir. Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Jurutera Daerah, Pensyarah IPGM Kuala Lipis. Bos teman, En. Nor Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah juga hadir. Terima kasih tuan kerana bersusah payah turun ke Lipis.

Tuan PPD sedang melayan ADUN Padang Tengku, Dato' Mustafa Long, Pengarah Kolej Komuniti dan Pengetua MRSM Kuala Lipis. Tuan PPD agak lewat sampai kerana terpaksa menghadiri taklimat PPPM di PWTC, so...tak sempatlah tuan PPD nak berjumpa dengan Dato' Wan Rusdy, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Terima kasih kepada semua petugas. Kerjasama erat antara staf PPD, Persatuan Pembantu Tadbir (KEPTAN), Persatuan Pembantu Makmal dan Persatuan Penyelia Asrama telah membantu melancarkan perjalanan majlis.

Alhamdulillah, kebanyakan menu yang disediakan habis. Tidak ada pembaziran. Terima kasih kepada semua sekolah dan persatuan yang telah menyumbang juadah-juadah ini.

Kuih kocok antara menu yang habis awal. Walaupun setiap minggu boleh beli kat pekan sehari, namun ramai yang suka dengan kuih nie. Itu sebablah habis cepat.

Apam balik panas memang menyelerakan. Teman nampak ramai juga yang tapau bawa balik rumah. Sedap agaknya apam balik abang nie.

Roti bom nie macam tahun lepas juga. Paling last habis. Bukan tak sedap tapi proses memasaknya yang agak lambat. Ramai yang sanggup menunggu Pak Long kita nie menebar roti bom.

Nie Puspanita ke pasukan marhaban? Serius gayanya tu.

Tiga jejaka idaman Malaya, Firdaus (Pegawai PPDa), Azlan (Penyelia Sukan) dan Nizam (Penyelia HEM). Deme nie menyanyi ke mengacara majlis, Nizam?

Tuan PPD sedang mengedarkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang. Nilainya bukan penting dek, yang penting keikhlasan.

Anak-anak kecil, mak dan ayah kena berbaris sekali. Anak teman, Imran dua kali berbaris. Emm...dua kalilah dia dapat duit raya. Bukan teman yang suruh ya.

Selaku Urusetia Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Daerah Lipis 2013, Teman ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini. Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang menu serta petugas-petugas yang bertungkus-lumus bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerjasama yang terpamer ini mampu kita kekalkan dalam apa sahaja program yang dilaksanakan oleh PPD Lipis. Walaupun kita berada di tempat bertugas yang berbeza, namun kita adalah satu organisasi.

Thursday, September 5

Pecutan Akhir UPSR

Pagi tadi teman bersama dengan Tuan Timbalan PPD menghadiri Program Ziarah Marhabah Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Lipis bersama pelajar-pelajar Sekolah Indera Shahbandar Pahang SMK Clifford. 

Tuan Timbalan PPD menyampaikan cenderamata daripada Unit Menengah, Jabatan Pelajaran Pahang kepada pelajar-pelajar SISP yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.

Persiapan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Daerah Lipis yang akan diadakan pada petang esok (6 September 2013).

Hai, payoh pula nak pasang khemah nie. Emm...tu la kalau tak rajin buat keje-keje macam nie.

Taklimat Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara online yang diadakan di Makmal Komputer SMK Setiawangsa.

Pada hari Isnin baru-baru nie, teman ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan untuk menerima guru baharu. Seramai 21 orang guru akan posting di negeri Pahang. Daripada 21 itu hanya seorang sahaja guru lelaki. Emm...nampaknya kaum lelaki dah menjadi spesis yang akan pupus dalam bidang pendidikan ini. Daerah Lipis mendapat seorang guru opsyen sains yang teman tempatkan di SMK Benta. Harap-harap dia bolehlah tolong cover cikgu biologi yang bertukar ke Raub baru-baru nie.

Majlis penerimaan guru baharu ini turut dihadiri oleh Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Tuan Ketua Penolong Pengarah.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga Sri Tempoyang - Permai

Terima kasih kepada Dato' Haji Abd Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis kerana sudi hadir dan seterusnya meluluskan sedikit peruntukan untuk program KRT.