Pages

Sunday, September 8

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Lipis 2013

Jamuan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Lipis diadakan pada 6 September yang lalu. Majlis bermula dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir. Selain warga pendidikan, pegawai-pegawai dari jabatan lain juga turut hadir. Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Jurutera Daerah, Pensyarah IPGM Kuala Lipis. Bos teman, En. Nor Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah juga hadir. Terima kasih tuan kerana bersusah payah turun ke Lipis.

Tuan PPD sedang melayan ADUN Padang Tengku, Dato' Mustafa Long, Pengarah Kolej Komuniti dan Pengetua MRSM Kuala Lipis. Tuan PPD agak lewat sampai kerana terpaksa menghadiri taklimat PPPM di PWTC, so...tak sempatlah tuan PPD nak berjumpa dengan Dato' Wan Rusdy, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Terima kasih kepada semua petugas. Kerjasama erat antara staf PPD, Persatuan Pembantu Tadbir (KEPTAN), Persatuan Pembantu Makmal dan Persatuan Penyelia Asrama telah membantu melancarkan perjalanan majlis.

Alhamdulillah, kebanyakan menu yang disediakan habis. Tidak ada pembaziran. Terima kasih kepada semua sekolah dan persatuan yang telah menyumbang juadah-juadah ini.

Kuih kocok antara menu yang habis awal. Walaupun setiap minggu boleh beli kat pekan sehari, namun ramai yang suka dengan kuih nie. Itu sebablah habis cepat.

Apam balik panas memang menyelerakan. Teman nampak ramai juga yang tapau bawa balik rumah. Sedap agaknya apam balik abang nie.

Roti bom nie macam tahun lepas juga. Paling last habis. Bukan tak sedap tapi proses memasaknya yang agak lambat. Ramai yang sanggup menunggu Pak Long kita nie menebar roti bom.

Nie Puspanita ke pasukan marhaban? Serius gayanya tu.

Tiga jejaka idaman Malaya, Firdaus (Pegawai PPDa), Azlan (Penyelia Sukan) dan Nizam (Penyelia HEM). Deme nie menyanyi ke mengacara majlis, Nizam?

Tuan PPD sedang mengedarkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang. Nilainya bukan penting dek, yang penting keikhlasan.

Anak-anak kecil, mak dan ayah kena berbaris sekali. Anak teman, Imran dua kali berbaris. Emm...dua kalilah dia dapat duit raya. Bukan teman yang suruh ya.

Selaku Urusetia Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Daerah Lipis 2013, Teman ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini. Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang menu serta petugas-petugas yang bertungkus-lumus bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerjasama yang terpamer ini mampu kita kekalkan dalam apa sahaja program yang dilaksanakan oleh PPD Lipis. Walaupun kita berada di tempat bertugas yang berbeza, namun kita adalah satu organisasi.

No comments: