Pages

Sunday, August 23

Sambutan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Lipis 2015

Salam buat semua,
10 Ogos yang lalu, teman hadir ke PPD Lipis untuk Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Warga Pendidikan Daerah Lipis 2015 (baru lepas hujan lebat, gambar jadi silau semacam je).

Sebelum-sebelum ini, selaku Ketua Unit Pengurusan Sekolah, temanlah yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan majlis ini. Waktu itu, ramai yang menolong terutama sahabat teman Tn. Haji Zulfakhri (Penolong PPD Perhubungan) yang bertindak selaku Penolong Penyelaras. Namun untuk majlis kali ini, Ketua Unit yang barulah yang menguruskannya. Alhamdulillah, majlis nampaknya berjalan lancar dan meriah...tahniah En. Kamarudin and the gang.

Ahli-ahli KEPTAN sentiasa ada untuk menyokong program-program anjuran PPD Lipis.

Em...nak juga ye bergambar dengan Tuan PPD, Haji Misnan bin Haji Mohd Damin.

Amboi...mak dara dan anak dara ni...posing sakan nampak.

Selamat Hari Raya Tuan Timbalan PPD, En. Hassan Basri bin Shamsudin (kiri sekali). Selamat hari raya juga buat sahabat teman En. Mazlienor (SISC+ Matematik) dan En. Mokhzani (SISC+ Bahasa Inggeris)

Tahniah Kepada Semua...Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Program Menggenggam 5A DUN Padang Tengku

Pada 18 hingga 20 Ogos 2015 telah berlangsung Program Menggenggam 5A Sekolah-Sekolah DUN Padang Tengku di Kem Pulau Berala, Kampung Kuala Telang. Program ini diilhamkan oleh Dato' Mustapa Long, ADUN Kawasan Padang Tengku. Seramai 61 orang murid target dan 21 orang guru terlibat dalam program ini. Murid sekolah teman, SK Pagar Sasak yang turut mengambil bahagian dalam program ini ialah seramai 4 orang ( dari kiri : Mohd Faiz, Iman Sufi, Nurin dan Nisa). Program ini berkongsepkan rehat minda, so, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini agak ringan dan tidak membebankan para peserta.

Last day...menunggu ketibaan YB Dato' Mustapa Long untuk closing ceremony. (Turut berada dalam gambar En. Ishak Mohamad, GB SK Relong, En. Ab. Yazi, GB SK Kechau 1 dan Pn. Rosimawati Saad, SIP+ PPD Lipis)

Dato' Mustapa Long (3 dari kanan) tiba sekitar jam 10.30 pagi.

YB Dato' Mus sedang menyampaikan ucapan perasmian penutupan. Banyak kata-kata semangat yang beliau lontarkan kepada para peserta. Semoga kata-kata beliau itu mampu menjadi pemangkin kepada anak-anak pelajar untuk mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mohd Iman Sufi ( Murid SK Pagar Sasak) sedang menerima sijil penyertaan daripada YB Dato' Mus.

Em...sebelum balik makan dulu. Terima kasih kepada Pengerusi JKKK Kampung Kuala Telang dan anak-anak buah di atas penyediaan tempat, kemudahan serta makan minum peserta. Semoga program ini memberi great impact kepada pencapaian murid-murid yang hadir. Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan...

Friday, August 21

Photo grid punyer cerita

Salam untuk semua,


Pada 30 Julai yang lalu, teman menghadiri Seminar Mempertingkat Profesion Perguruan Tanpa Rasuah di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Peserta seminar ini terdiri daripada Guru Besar dan GPK Pentadbiran. Bagus jugalah teman hadir seminar ni, ilmu yang diperolehi dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas-tugas mentadbir sekolah.

Dah balik sekolah ni, kenalah hadir program-program peringkat mukim pulak. Dulu waktu di PPD ada juga teman mewakili Tuan PPD ke Mesyuarat Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah. Pada 6 Ogos yang lalu teman menghadiri Mesyuarat Mukim Kechau yang dipengerusikan oleh Tok Penghulu, En. Azhar bin Husin.

Mesyuarat pelarasan untuk 'Program Menggenggam 5A' yang telah dipengerusikan oleh Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku. Mesyuarat ini diadakan pada 7 Ogos 2015 di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Pada 13 Ogos berlangsung Karnival Prasekolah Zon Padang Tengku di padang SK Kechur Tui. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan futsal, bola jaring, membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pasukan yang berjaya akan mewakili zon ke pertandingan peringkat daerah pada 20 Ogos di SK Kuala Lanar. Huhu...sekolah teman tak menang.

Rumusan Audit Akademik Dialog Pelaksanaan Intervensi Fasa 2 pada 17 Ogos 2015 di Dewan Wacana Minda A, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Rumusan telah dibuat oleh Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. Overall..Tuan PPD tidak berpuashati dengan pencapaian dalam Peperiksaan Percubaan UPSR baru-baru ini. Semua tak capai OTI3.

Hari pertama Program Mengenggam 5A Sekolah-Sekolah Rendah DUN Padang Tengku di Kem Pulau Berala, Kampung Kuala Telang. Program yang berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos ini merupakan program yang diilhamkan oleh Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku. Seramai 61 orang  murid target dan 21 orang guru telah terlibat dalam program ini. Terima kasih Dato' YB.