Pages

Friday, August 21

Photo grid punyer cerita

Salam untuk semua,


Pada 30 Julai yang lalu, teman menghadiri Seminar Mempertingkat Profesion Perguruan Tanpa Rasuah di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Peserta seminar ini terdiri daripada Guru Besar dan GPK Pentadbiran. Bagus jugalah teman hadir seminar ni, ilmu yang diperolehi dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas-tugas mentadbir sekolah.

Dah balik sekolah ni, kenalah hadir program-program peringkat mukim pulak. Dulu waktu di PPD ada juga teman mewakili Tuan PPD ke Mesyuarat Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah. Pada 6 Ogos yang lalu teman menghadiri Mesyuarat Mukim Kechau yang dipengerusikan oleh Tok Penghulu, En. Azhar bin Husin.

Mesyuarat pelarasan untuk 'Program Menggenggam 5A' yang telah dipengerusikan oleh Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku. Mesyuarat ini diadakan pada 7 Ogos 2015 di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Pada 13 Ogos berlangsung Karnival Prasekolah Zon Padang Tengku di padang SK Kechur Tui. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan futsal, bola jaring, membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pasukan yang berjaya akan mewakili zon ke pertandingan peringkat daerah pada 20 Ogos di SK Kuala Lanar. Huhu...sekolah teman tak menang.

Rumusan Audit Akademik Dialog Pelaksanaan Intervensi Fasa 2 pada 17 Ogos 2015 di Dewan Wacana Minda A, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Rumusan telah dibuat oleh Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. Overall..Tuan PPD tidak berpuashati dengan pencapaian dalam Peperiksaan Percubaan UPSR baru-baru ini. Semua tak capai OTI3.

Hari pertama Program Mengenggam 5A Sekolah-Sekolah Rendah DUN Padang Tengku di Kem Pulau Berala, Kampung Kuala Telang. Program yang berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos ini merupakan program yang diilhamkan oleh Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku. Seramai 61 orang  murid target dan 21 orang guru telah terlibat dalam program ini. Terima kasih Dato' YB.

No comments: