Balik kampung kalau tak jalan-jalan bandar Alor Setar memang tak sah. Kebetulan orang umah ajak ke Pekan Rabu untuk beli ikan pekasam. Alang-alang dah ada kat Alor Setar tu, terus jelah ke Jalan Melayu, belakang Balai Polis untuk berselfie dengan mural Tun Dr. Mahathir Mohamad. Waktu teman sampai, ramai jugalah pengagum Tun M yang sedang mengambil gambar kat situ. Em...ingat nak bergambar juga dekat mural Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, puas pusing tak jumpa. Balik raya haji nantilah cari semula.
Berdekatan dengan mural Tun M itu, terletak Masjid Nagore Alor Setar. Sempat juga la teman bergambar kat pintu masuk masjid tu. Masjid ini terkenal sebagai masjid Mamak kerana dibina oleh orang-orang india muslim. Kalau pergi makan di restoran mamak sekitar kedah, perhatikan di kaunter bayaran mesti ternampak tabung mohon derma untuk masjid ini. Masjid ini bukanlah icon pelancongan seperti Masjid Zahir, namun tarikh pembinaannya iaitu pada 1881 menjadikannnya sebagai salah satu bangunan bersejarah di Alor Setar.
Tempat yang dituju, Pekan Rabu. Pekan Rabu telah berpindah buat sementara ke bangunan Ukir Mall di Jalan Sultan Badlishah Alor Setar. Bangunan asal telah dirobohkan dan akan dibina bangunan yang lebih canggih untuk Komplek Pekan Rabu. Harap-harap tempat untuk parking kereta diperbanyakkan. Ruang jualan di Ukir Mall ini agak sempit sikit. Patut la hari tu ada peniaga yang protes tak nak pindah. Tak apa, sementara saja. Siap beli ikan pekasam kami pun bertolak balik ke rumah mak.
Kenduri Pelenggaq (pangkin)...setiap kali teman balik kampung mesti adik-beradik ajak buat makan-makan kat luar rumah, bawah pokok manggis.
Haha...berkelah beramai-ramai ni, membuka selera betul. Dua tiga kali jugalah teman menambah. Menu simple, kari ikan keli, ikan pekasam goreng, ikan kembong bakar dan sayur campur je.
Duduk makan macam ni, teringat kat arwah ayah teman. Sebelum-sebelum ni, dia pasti akan join bersama kami. Dengan tidak memakai baju dia akan duduk makan di hadapan teman. Em...semoga kau tenang di sana wahai ayah.
Lepas makan nasi, pekena durian pulak. Makan banyak durian kut, menyebabkan teman demam 3 hari waktu balik ke Lipis.
Permandangan sawah padi yang saujana mata memandang di belakang rumah mak teman. Kalau waktu matahari nak terbenam, lagi cantik permandangannya.
Pagi Selasa hari raya kelima, teman dan keluarga bertolak balik ke Lipis. Untuk mengelak jem, kami bertolak seawal pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Perjalanan balik hanya mengambil masa 9 jam saja berbanding 12 jam waktu teman balik ke Kedah hari tu. Cuma RnR saja yang agak crowded. Nasib baik ada bawa bekal...so makan bekal jelah kat bangku rehat yang disediakan.
Ok...arigato gozaimas
No comments:
Post a Comment