Pages

Friday, July 10

Iftar Ramadhan

Salam untuk semua,

Jamuan Iftar SJK (Tamil) Ladang Selborne

Pada 9 Julai baru-baru ini, teman telah menerima jemputan untuk majlis berbuka puasa yang dianjurkan olek SJK (Tamil) Ladang Selborne.

Iftar Ramadhan kali ini merupakan kali yang ke-6 dianjurkan oleh SJK (Tamil) Ladang Selborne. Setiap tahun, teman dijemput tetapi hanya tiga kali sahaja teman berkesempatan hadir.

Sesungguhnya teman merasa terharu di atas jemputan ini kerana walaupun tidak lagi bertugas di PPD Lipis tetapi tetap juga dipelawa hadir atas dasar sahabat.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada En. Kumarasamy (Guru Besar) serta semua staf SJKT Ladang Selborne kerana sudi menjemput teman. Sesungguhnya tiada kata yang dapat menggambarkan betapa tersentuh hati teman di atas keikhlasan sahabat nonmuslim menganjurkan majlis berbuka puasa untuk kami. Semoga persahabatan kita terus kukuh dalam membina negara Malaysia yang aman dan harmoni.

Iftar Ramadhan SK Pagar Sasak

Pada 6 Julai 2015, Kelab Staf SK Pagar Sasak telah menganjurkan majlis berbuka puasa di restoran Azmi Steam Fish, Kuala Lipis.

Hampir semua guru dan staf hadir memeriahkan majlis ini.

Setinggi penghargaan kepada AJK Kelab Staf di atas inisiatif yang diambil untuk mengadakan majlis ini. Semoga majlis seumpama ini dapat mengeratkan serta mengukuhkan ukhwah antara kita.

'Arigato gozaimasu'

No comments: