Pages

Thursday, September 3

Sambutan Hari Kemerdekaan 69

 

Pada 31 Ogos 2026 yang lalu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 69, saya dan isteri mengambil kesempatan hadir bagi menyaksikan sambutan kemerdekaan peringkat daerah Lipis.

Sambutan peringkat daerah ini diadakan di Dataran Orang Kaya Haji.

Hadir awal bersama isteri untuk mencari lokasi terbaik agar mendapat menyaksikan acara yang diadakan dengan jelas.

Alhamdulillah, sambutan berlangsung dalam suasana yang amat meriah. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam perarakan sempena Hari Kemerdekaan.


Tuesday, August 25

Koperasi Guru-Guru Melayu Pahang Barat Berhad (KGMPB)

 Saya menyertai Koperasi Guru-Guru Melayu Pahang Barat Berhad (KGMPB) pada tahun 1990 selepas dua tahun menjadi guru. Waktu itu KGMPB dikenali sebagai Sharikat Guru-Guru Melayu Pahang Barat Berhad yang kemudiannya ditukar kepada nama sekarang pada 5 Februari 1996. Pada awalnya saya menyertai koperasi ini sebagai anggota biasa sahaja sehinggalah pada tahun 2023 saya dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Pada Mesyuarat Agung KGMPB ke-59 (2025), saya telah dilantik memegang jawatan Bendahari.

Mesyuarat Agung KGMPB Kali Ke-60 di Dewan Wacana Minda PPD Lipis.
25 Julai 2026


KGMPB menyertai program Karnival Pendidikan Madani dan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Lipis 2026 yang telah diadakan di Dewan SMK Setiawangsa.
22 Ogos 2026

Monday, March 2

Malam Sejuta Kasih

 

Pada 8 Februari 2026, Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Lipis telah mengadakan Majlis Malam Sejuta Kasih bagi meraikan persaraan saya dan rakan-rakan.

Majlis yang diadakan di Aideas Hotel. Kuala Lumpur ini turut meraikan En. Amin Nollah (mantan PPD), Pn. Chin (GB SJKC Chung Hwa), Pn. Heliza (GB SK Berchang), Pn. Zarina (GB SK Clifford) dan Pn. Aniza (GB SK Batu 13)

Kami pernah satu sekolah di SK Penjom, sekarang En. Shahnam (berdiri) adalah PPD Lipis dan En. Hussaini (duduk) adalah Timbalan PPD Lipis

Setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada En. Borhan Long, Pengerusi PGBM Cawangan Lipis dan semua AJK atas inisiatif mengadakan majlis ini. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

Thursday, January 22

Kenangan Sepanjang 2025

 


Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya dan kita menyambut kehadiran tahun 2026. Banyak kenangan telah saya lalui sepanjang tahun 2025. Kenangan yang paling dingati tentulah majlis persaraan saya yang jatuh pada 28 Mac 2025. Oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada bulan puasa, maka majlis persaraan saya telah dianjakkan ke depan iaitu pada 9 April 2025.

Tuesday, November 4

Reunion Pengurusan Sekolah JPN dan PPD Pahang 2025

 

Pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Hotel Mega View Kuantan telah diadakan Reunion Pengurusan Sekolah JPN dan PPD Pahang. Selain reunion, perjumpaan ini juga mengambil kesempatan meraikan persaraan Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim (mantan PPD Raub dan PPD Lipis) 

Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu dihadiri seramai 31 orang yang terdiri daripada pegawai serta staf Unit Menengah JPN Pahang dan Penolong PPD Menengah. Kebanyakannya telah pun bersara.

Dato' Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus (mantan Pengarah IAB Induk Bandar Enstek) menyampaikan ucapan mewakili semua yang hadir sempena reunion dan persaraan Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim. Dato' juga pernah menjadi Pengarah Pendidikan Pahang dan KPP Unit Menengah JPNP.

Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim yang akan bersara pada 27 November 2025 nanti menyampaikan ucapan kepada rakan-rakan yang pernah terlibat dengan Unit Menengah JPN dan PPD.

Saya mengambil kesempatan menyampaikan cenderamata kepada mantan bos semasa bertugas sebagai Penolong PPD Menengah dan Guru Besar di daerah Lipis.

Memotong pulut kuning bagi meraikan majlis meraikan persaraan Encik Nor Ahmad.

Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Semoga majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.


ANEKDOT DI MEGA VIEW

Mengisi malam bersama
Membaca kelmarin yang manis
Walau hanya sekelumit dapat direbut 
Menjadi cermin esok

Kita bersetuju 
Mengusung rindu
Biarpun sulit 
Namun saling ngerti
Hidup yang sisa
Terus dinyala setangginya
Dengan tenang.

RAHMIN MAHASAN
31 OKTOBER 2025
KUANTAN

Wednesday, October 22

Majlis Persaraan Warga Pendidikan Lipis 2025

 


Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Wacana Minda A, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis telah berlangsung Majlis Persaraan Warga Pendidikan Lipis 2025. Seramai 34 orang warga pendidikan yang terdiri daripada guru dan staf sokongan telah diraikan dalam majlis ini.


Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Shahnam bin Abd Rashid, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis dan semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat menjayakan majlis ini. Sesungguhnya majlis ini amat bermakna buat saya dan rakan-rakan pesara yang lain. Semoga pendidikan Lipis terus cemerlang pada masa-masa akan datang.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2025

 


Berpeluang untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan 2025 peringkat daerah Lipis. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam perbarisan dan persembahan sempena sambutan kemerdekaan ini.

Majlis Persaraan Anjuran Penggerak Lipis

 


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Pejabat Pendidikan. Daerah Lipis dan Jawatankuasa Penggerak Prasekolah Daerah Lipis atas usaha menganjurkan majlis Rindu Berbisik Jiwa Terusik pada 18 Jun 2025 yang lalu.


Majlis yang diadakan di Laman Qaseh Kuala Lipis ini bertujuan meraikan persaraan saya selaku mantan Pengerusi dan Puan Zarina Manja selaku Timbalan Pengerusi Penggerak Prasekolah Daerah Lipis.


Terima kasih Tuan Haji Zulfakri bin Idris, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah yang telah mewakili Tuan PPD dan Tuan Haji Mohd Asyraf bin Lukman, Penolong PPD Prasekolah kerana turut hadir dalam majlis meraikan persaraan ini.


Tahniah kepada Ustaz Rohadi bin Kamaludin, Guru Besar SK Clifford atas pemilihan sebagai Pengerusi Penggerak Prasekolah Lipis yang baru bagi menggantikan saya. Semoga Penggerak Lipis terus memainkan peranan penting bagi menyokong aktiviti-aktiviti prasekolah peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.