Pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Hotel Mega View Kuantan telah diadakan Reunion Pengurusan Sekolah JPN dan PPD Pahang. Selain reunion, perjumpaan ini juga mengambil kesempatan meraikan persaraan Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim (mantan PPD Raub dan PPD Lipis)
Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu dihadiri seramai 31 orang yang terdiri daripada pegawai serta staf Unit Menengah JPN Pahang dan Penolong PPD Menengah. Kebanyakannya telah pun bersara.
Dato' Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus (mantan Pengarah IAB Induk Bandar Enstek) menyampaikan ucapan mewakili semua yang hadir sempena reunion dan persaraan Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim. Dato' juga pernah menjadi Pengarah Pendidikan Pahang dan KPP Unit Menengah JPNP.
Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim yang akan bersara pada 27 November 2025 nanti menyampaikan ucapan kepada rakan-rakan yang pernah terlibat dengan Unit Menengah JPN dan PPD.
Saya mengambil kesempatan menyampaikan cenderamata kepada mantan bos semasa bertugas sebagai Penolong PPD Menengah dan Guru Besar di daerah Lipis.
Memotong pulut kuning bagi meraikan majlis meraikan persaraan Encik Nor Ahmad.
Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Semoga majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
ANEKDOT DI MEGA VIEW
Mengisi malam bersama
Membaca kelmarin yang manis
Walau hanya sekelumit dapat direbut
Menjadi cermin esok
Kita bersetuju
Mengusung rindu
Biarpun sulit
Namun saling ngerti
Hidup yang sisa
Terus dinyala setangginya
Dengan tenang.
RAHMIN MAHASAN
31 OKTOBER 2025
KUANTAN







No comments:
Post a Comment