Pages

Thursday, September 3

Sambutan Hari Kemerdekaan 69

 

Pada 31 Ogos 2026 yang lalu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 69, saya dan isteri mengambil kesempatan hadir bagi menyaksikan sambutan kemerdekaan peringkat daerah Lipis.

Sambutan peringkat daerah ini diadakan di Dataran Orang Kaya Haji.

Hadir awal bersama isteri untuk mencari lokasi terbaik agar mendapat menyaksikan acara yang diadakan dengan jelas.

Alhamdulillah, sambutan berlangsung dalam suasana yang amat meriah. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam perarakan sempena Hari Kemerdekaan.


Tuesday, August 25

Koperasi Guru-Guru Melayu Pahang Barat Berhad (KGMPB)

 Saya menyertai Koperasi Guru-Guru Melayu Pahang Barat Berhad (KGMPB) pada tahun 1990 selepas dua tahun menjadi guru. Waktu itu KGMPB dikenali sebagai Sharikat Guru-Guru Melayu Pahang Barat Berhad yang kemudiannya ditukar kepada nama sekarang pada 5 Februari 1996. Pada awalnya saya menyertai koperasi ini sebagai anggota biasa sahaja sehinggalah pada tahun 2023 saya dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Pada Mesyuarat Agung KGMPB ke-59 (2025), saya telah dilantik memegang jawatan Bendahari.

Mesyuarat Agung KGMPB Kali Ke-60 di Dewan Wacana Minda PPD Lipis.
25 Julai 2026


KGMPB menyertai program Karnival Pendidikan Madani dan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Lipis 2026 yang telah diadakan di Dewan SMK Setiawangsa.
22 Ogos 2026

Monday, March 2

Malam Sejuta Kasih

 

Pada 8 Februari 2026, Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Lipis telah mengadakan Majlis Malam Sejuta Kasih bagi meraikan persaraan saya dan rakan-rakan.

Majlis yang diadakan di Aideas Hotel. Kuala Lumpur ini turut meraikan En. Amin Nollah (mantan PPD), Pn. Chin (GB SJKC Chung Hwa), Pn. Heliza (GB SK Berchang), Pn. Zarina (GB SK Clifford) dan Pn. Aniza (GB SK Batu 13)

Kami pernah satu sekolah di SK Penjom, sekarang En. Shahnam (berdiri) adalah PPD Lipis dan En. Hussaini (duduk) adalah Timbalan PPD Lipis

Setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada En. Borhan Long, Pengerusi PGBM Cawangan Lipis dan semua AJK atas inisiatif mengadakan majlis ini. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

Thursday, January 22

Kenangan Sepanjang 2025

 


Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya dan kita menyambut kehadiran tahun 2026. Banyak kenangan telah saya lalui sepanjang tahun 2025. Kenangan yang paling dingati tentulah majlis persaraan saya yang jatuh pada 28 Mac 2025. Oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada bulan puasa, maka majlis persaraan saya telah dianjakkan ke depan iaitu pada 9 April 2025.