Pages

Sunday, June 29

Latar Belakang KGSK

Objektif KGSK
Objektif pelaksanaan KGSK adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru:
1.Guru Cuti Menunaikan Haji
2.Guru Cuti Sakit
3.Guru Cuti Bersalin
4.Guru Cuti Rehat Khas
5.Guru Cuti Tanpa Gaji
6.Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7.Guru Kursus Dalam Perkhidmatan


Keahlian KGSK
Ahli dari kalangan KGSK terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman mengajar mengikut kategori berikut:
A. Guru Bersara Wajib / Pilihan
i) Pesara Guru Siswazah
ii) Pesara Guru Bukan Siswazah

B. Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan
i) Siswazah dengan pendidikan
ii) Diploma pendidikan

C. Bekas GSTT Sekurang-kurangnya 1 tahun
i) Bekas GSTT Siswazah
ii) Bekas GSTT STPM/Diploma
iii) Bekas GSTT SPM


Syarat Lantikan
Guru ganti KGSK yang dilantik adalah bertaraf sambilan dari hari ke hari dan tempoh perkhidmatan akan tamat dengan sendirinya apabila guru yang diganti kembali mengajar.
Guru ganti KGSK bukan kakitangan kerajaan serta tidak layak menerima apa jua faedah atau kemudahan kecuali elaun yang akan dibayar mengikut kadar harian dibayar atas hari-hari bekerja sahaja.
Walaupun bertaraf bukan kakitangan kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai majikan mereka dan boleh ditamatkan perkhidmatannya pada bila-bila masa tanpa diberi sebarang alasan selepas diberi notis satu hari secara bertulis.
Sihat tubuh badan dan bagi umur yang melebihi 65 tahun mesti mendapat kebenaran khas BSM serta membuat pemeriksaan doktor.

Tugas Ahli KGSK
1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
2. Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar
3. Terlibat dengan aktiviti kokurikulum

Bayaran Elaun dan Gaji
Bagi pesara guru gaji yang dibayar ialah RM150 (siswazah) atau RM110 ( bukan siswazah). Manakala bagi bukan pesara guru ditetapkan mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan seseorang anggota itu dilantik termasuk mengambil kira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai unsur multiple entry iaitu mengikut formula berikut:

Kadar Gaji Asas (bahagi) 23 Hari Bekerja

dan layak untuk dibayar ITKA mengikut formula berikut :

Kadar ITKA Asas (bahagi) 23 Hari Bekerja

Friday, June 27

Salam Perkenalan

MOHD FAZLI BIN ABD HAMID
PEGAWAI KHAS KGSK PEJABAT PELAJARAN DAERAH LIPIS
Tel : 09-3121455 (P) & 019-9402742 (HP) Faks : 09-3121595

SEJARAH PERKHIDMATAN

1986 – 1988
Maktab Perguruan Kota Bharu ( Pengajian Melayu )

1989 – Sept 1998
Sekolah Kebangsaan Penjom

Sept 1998 – Feb 2000
Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Kuala Lipis

2000
Institut Aminuddin Baki ( NQPH )

2001 – Okt 2003
Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim

Okt 2003 – Nov 2005
Universiti Pendidikan Sultan Idris ( Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan )

Nov 2005 – Mei 2008
Sekolah Kebangsaan Clifford

1 Jun 2008
Pejabat Pelajaran Daerah Lipi
s
Pegawai Khas KGSK