Pages

Wednesday, December 25

Perpindahan Asrama Pusat Lipis ke Blok Asrama Tambahan SMK Kuala Lanar

Semalam bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang telah berlangsung Mesyuarat Persediaan Perpindahan Asrama Pusat Lipis ke bangunan Asrama Tambahan SMK Kuala Lanar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Rosdi bin Ismail, Pengarah Pelajaran Pahang ini bertujuan untuk menyelaraskan persediaan serta tatacara perpindahan. Penghuni-penghuni Asrama Pusat seramai 200 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Orang Asli ini, akan dipindahkan ke Asrama SMK Kuala Lanar mulai 1 Januari nanti. Perpindahan ini juga melibatkan perpindahan sekolah tempat belajar kerana sebelum ini mereka bersekolah di SMK Orang Kaya Haji. Implikasi daripada perpindahan ini ialah beberapa kelas terpaksa ditutup di SMK Orang Kaya Haji dan beberapa kelas pula perlu dibuka di SMK Kuala Lanar. Mahu tidak mahu, guru-guru juga perlu berpindah. Oleh itu, dalam mesyuarat ini teman telah diminta membentangkan Kelayakan Guru (KG) bagi kedua-dua sekolah apabila proses perpindahan berlaku. Teman sangat berharap agar guru-guru yang terpilih untuk berpindah sekolah nanti akan menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

Asrama Pusat Lipis terpaksa dipindahkan kerana menurut Laporan Pemeriksaan Bangunan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bertarikh 29 Januari 2013 mengklasifikasikan bangunan tersebut sebagai 'Tidak Selamat Diduduki'. Bangunan yang dibina sekitar tahun 60-an ini sudah semakin uzur walaupun sudah beberapa kali dibuat pengubahsuaian.

Blok Asrama Tambahan SMK Kuala Lanar yang akan menjadi lokasi perpindahan Asrama Pusat ini mempunyai fasiliti yang lengkap. Selain mampu memuatkan seramai 200 orang penghuni, blok ini juga mempunyai dewan makan, rumah warden serta pondok kawalan sendiri yang terasing daripada blok asrama utama yang didiami oleh pelajar-pelajar SMK Kuala Lanar sedia ada. Teman menyokong perpindahan ini kerana sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah penguncupan enrolmen di SMK Kuala Lanar. Sekolah ini hanya bergantung kepada empat buah sekolah rendah iaitu SK Kuala Lanar, SK Jeram Bungor, SK Batu 9 dan SK Kuala Kenong untuk membekalkan pelajar-pelajar ke Tingkatan 1. Malangnya gabungan pelajar-pelajar daripada keempat-empat sekolah ini hanya mampu mewujudkan satu kelas sahaja di SMK Kuala Lanar. Oleh itu, teman terpaksa membawa pelajar-pelajar dari sekolah yang agak jauh iaitu SK Wan Ibrahim dan SK Clifford ke sekolah ini. Namun, pelajar-pelajar dari kedua-dua sekolah ini akhirnya akan memohon bertukar ke sekolah-sekolah menengah yang lebih dekat dengan tempat kediaman mereka iaitu SMK Orang Kaya Haji atau SMK Setiawangsa.

Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford

Pada 15 Disember yang lalu telah berlangsung Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford.  Tahniah kepada seluruh warga SMK Clifford dan SK Clifford kerana kerja kuat anda semua majlis telah berjalan dengan baik. Terima kasih juga diucapkan kepada jabatan-jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Walaupun pada malam sambutan tersebut hujan turun dengan lebatnya sehingga kasut semua tetamu basah, namun perjalanan majlis masih nampak elok dan penuh warna-warni.

Majlis Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford menjadi lebih bermakna dengan kehadiran KDYMM Sultan dan Sultanah Pahang. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob.


Pada hari Khamis, 19 Disember yang lalu, sahabat teman En. Saipuddin Zainuddin, Penyelia Sekolah Rendah PPD Lipis menjemput teman untuk menutup serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta Kursus Keselamatan Makanan yang terdiri daripada PPM Asrama, Pendidikan Khas dan Prasekolah. Teman harap dengan menghadiri kursus ini, tahap profesionalisme Pembantu Pengurusan Murid ini akan dapat ditingkatkan. Tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.

Pada hari Sabtu yang lalu (21 Disember), Kelab Staff PPD Lipis telah menganjurkan Hari Keluarga di D'Village Resort Melaka. Alhamdulillah, ramai juga staff yang turut serta. Ada yang datang dengan kereta sendiri dan ada yang menaiki bas yang telah disewa. Yang datang dengan kereta sendiri tu sebab ada agenda lain selepas program Hari keluarga ini. Teman pun sebenarnya dah mohon cuti pada 23 dan 24 Disember, ingatkan selepas program hari keluarga di Melaka nak terus balik Kedah. Emm...rupa-rupanya ada mesyuarat pula 24 tu. Kena cancel la cuti teman tu.

Walaupun Program Hari Keluarga ni hanya satu malam sahaja, namun pada teman ianya cukup bermakna.  Dapat jugalah berkenal-kenalan dengan ahli keluarga staff PPD yang hadir. Tahniah dan terima kasih teman ucapkan kepada Pengerusi dan AJK Kelab Staff PPD Lipis. Semoga tahun depan lebih ramai yang dapat hadir. Emm...Timbalan PPD cadangkan tahun depan buat kat Langkawi. Best la...boleh balik my hometown.


Balik dari Melaka teman singgah di Kuala Lumpur untuk melawat my eldest son, Ikhwan Hariz. Beliau tak nak ikut ke Melaka, alasannya semester 2 baru bermula, banyak kerja nak buat. Actually...teman rasa, budak-budak bila dah dewasa sikit mulalah liat nak join program-program kekeluargaan nie. Selepas bermalam semalam di Kuala Lumpur, keesokannya teman bertolak ke Kuantan untuk menghadiri mesyuarat di JPN Pahang pada 24 Disember. My wife masih bercuti, so beliau ikutlah teman ke Kuantan sekali.

Friday, December 20

Keputusan PMR 2013

Tuan Timbalan PPD, En. Rosli Mubin sedang menyampaikan analisis keputusan PMR 2013 kepada Pengetua sekolah-sekolah menengah daerah Lipis.

KEPUTUSAN PMR 2013 DAERAH LIPIS

Bil
Nama Sekolah
Cemerlang (9A/8A/7A)
Peratus Lulus (Sekurang-kurangnya D)
Gred Purata Sekolah (GPS)
2012
2013
2012
2013
2012
2013
1
SMK Clifford
13
12
100
98.50
1.54
1.60
2
SMK Seri Lipis
3
3
89.83
98.31
1.78
1.67
3
SMA Relai
1
0
83.78
100
2.19
1.85
4
SMK Setiawangsa
4
2
69.61
70.83
2.91
2.73
5
SMK Kerambit
0
0
42.03
72.22
3.34
2.73
6
SMKPGAS
1
1
60.76
63.08
3.00
2.94
7
SMK Padang Tengku
0
1
52.05
61.64
3.10
2.96
8
SMK Chung Hwa
3
3
60.71
58.33
2.91
2.96
9
SMK Merapoh
1
0
69.72
53.79
2.72
3.00
10
SMK Kuala Lanar
0
0
64.18
44.23
2.97
3.10
11
SMK Benta
4
2
42.68
68.18
3.43
3.11
12
SMK Orang Kaya Haji
0
0
44.95
44.72
3.29
3.15
13
SMK (F) Sungai Koyan
1
0
44.86
42.68
3.43
3.23

Tahniah teman ucapkan kepada semua sekolah yang telah berjaya mencatatkan keputusan yang cemerlang. Kepada sekolah-sekolah yang masih belum mencapai target, diharapkan bertindak segera agar keputusan ini dapat dinaiki pada masa-masa hadapan.

PERHATIAN

Bagi pelajar-pelajar yang ingin memohon ke Tingkatan 4, Sekolah Rancangan Khas bolehlah mengambil borang di PPD Lipis.

Friday, December 13

Tawaran ke SRK dan KAA Daerah Lipis

Pada 10 hingga 12 Disember yang lalu, teman telah menghadiri Mesyuarat Pemilihan dan Penempatan Pelajar ke Sekolah Rancangan Khas (SRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) bagi sesi persekolahan 2014. Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Adamson Kuala Lumpur. Tugas teman dalam mesyuarat ini ialah memilih calon-calon yang layak untuk ditempatkan di sekolah-sekolah SRK dan KAA di daerah Lipis. Antara syarat-syarat yang perlu ada pada setiap pemohon ialah mendapat keputusan cemerlang 5A/7A, 4A1B/6A1B dan 3A2B dalam peperiksaan UPSR serta mengambil peperiksaan berkenaan di dalam negeri Pahang. Calon juga mestilah warga negara Malaysia.
Di daerah Lipis terdapat dua buah sekolah SRK iaitu SMK Clifford dan SMK Seri Lipis. Kelas Aliran Agama (KAA) juga ditawarkan di kedua-dua sekolah ini. Selain itu, KAA juga ditawarkan di SMK Kuala Lanar.



SMK Clifford merupakan antara sekolah tertua di daerah Lipis. Pada 15 Disember ini, akan berlangsung Sambutan 100 Tahun sekolah tersebut. Kapasiti pelajarnya ialah 878 orang dan jumlah gurunya 94 orang. Bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1, lima kelas telah disediakan. 2 kelas Aliran Agama dan 3 kelas aliran biasa. Jumlah pelajar yang boleh diambil bagi setiap sesi persekolahan ialah seramai 175 orang dengan mengambil kira jumlah pelajar bagi setiap kelas ialah 35 orang. Namun, jumlah permohonan ke sekolah ini sentiasa melebihi daripada jumlah yang ditetapkan. Oleh itu, sebahagiannya terpaksalah ditempatkan di SMK Seri Lipis. Tindakan ini sering mengundang ketidakpuasan hati pelajar dan penjaga. Ini mungkin disebabkan tanggapan bahawa SMK Clifford merupakan sekolah terbaik dalam daerah Lipis. 
Teman sangat berharap agar semua pelajar dan penjaga menerima keputusan yang dibuat ini dengan hati yang terbuka. Apa guna kita bersekolah di SMK Clifford jika terpaksa bersesak-sesak di dalam satu kelas hingga menimbulkan ketidakselesaan untuk belajar. Guru-guru juga akan merasa terbeban kerana terpaksa memberi perhatian kepada ramai pelajar. Situasi ini, sudah tentulah sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi pelajar-pelajar.


SMK Seri Lipis ditubuhkan pada tahun 2001. Pada usia yang masih muda ini, SMKSL dalam proses memantapkan  reputasi serta jatidiri mereka. Untuk dibandingkan dengan SMK Clifford tentulah tidak adil bagi sekolah ini. Namun potensi besar yang sedang membugar pasti membolehkan sekolah ini merealisasikan matlamat penubuhannya. Hari ini jumlah pelajarnya cuma 384 orang, namun seiring dengan kecemerlangan yang bakal dijana nanti jumlah ini diharapkan bakal menyamai jumlah pelajar SMK Clifford. Kepada pentadbir serta warga SMK Seri Lipis, bangkitlah dan buktikan kemampuan anda semua. Insyaallah, teman akan membantu sedaya yang mungkin atas kapasiti teman sebagai Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah yang mencakupi tugas-tugas menempatkan guru-guru dan pelajar-pelajar ke sekolah ini. I believe this school has a successful future.



SMK Kuala Lanar ialah sekolah harian biasa. Namun di sini telah diwujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) oleh Sektor Pendidikan Islam. Oleh kerana berada di sekolah harian biasa, maka pelajar-pelajar yang memiliki keputusan cemerlang tidak berminat untuk bersekolah di sini. Seringkali juga pelajar yang ditempatkan di sekolah ini datang ke PPD untuk membuat pertukaran ke SMK Clifford atau SMK Seri Lipis. Apabila permohonan mereka tidak dipenuhi, ada yang mengambil keputusan untuk bersekolah di sekolah harian biasa yang lain. Kepada semua pelajar yang ditawarkan ke sekolah ini, diharapkan terimalah tawaran tersebut kerana di mana sahaja kita belajar jika bersungguh-sungguh insyaallah pasti akan berjaya. Kejayaan seseorang bukan ditentukan di mana dia belajar tetapi bagaimana dia belajar.


MUSTAHAK

KEPUTUSAN PENEMPATAN BOLEH DIKETAHUI MULAI
16 DISEMBER 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN BOLEH DIBUAT MENERUSI LAMAN WEB

www.spspahang.com

Jika menghadapi kesulitan bolehlah berhubung dengan 
Pejabat Pendidikan Daerah Lipis

Kepada yang tidak berjaya atau terlupa memohon menerusi online, bolehlah membuat rayuan di PPD Lipis. Namun perlu diingatkan bahawa tawaran bagi pelajar-pelajar yang membuat rayuan hanya akan dipertimbangkan selepas 2 minggu sekolah dibuka. Ini bagi menentukan jumlah kekosongan yang masih ada di sekolah-sekolah SRK terbabit.

MUKTAMAD

Keputusan penempatan pelajar-pelajar ke SRK dan KAA ini adalah muktamad. Oleh itu, teman berharap sangat tidak ada mana-mana ibu bapa / penjaga datang menemui teman untuk menukar sekolah anak-anak mereka. Namun, teman tidak boleh menghalang jika ibu bapa / penjaga ingin membuat rayuan. Surat rayuan boleh dihantar terus kepada Unit Menengah Jabatan Pendidikan Pahang.


PENEMPATAN 2014
(Berdasarkan Mesyuarat pada 10 hingga 12 Disember 2014 di Hotel Adamson Kuala Lumpur)

SEKOLAH
JUMLAH KELAS
KAPASITI PELAJAR
PENGISIAN
JUMLAH
SRK
KAA
SMK CLIFFORD
5
175
116
89
205
SMK SERI LIPIS
3
105
52
49
101
SMK KUALA LANAR
1
35

24
24
JUMLAH
9
315
168
162
330