Pada 15 Disember yang lalu telah berlangsung Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford. Tahniah kepada seluruh warga SMK Clifford dan SK Clifford kerana kerja kuat anda semua majlis telah berjalan dengan baik. Terima kasih juga diucapkan kepada jabatan-jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Walaupun pada malam sambutan tersebut hujan turun dengan lebatnya sehingga kasut semua tetamu basah, namun perjalanan majlis masih nampak elok dan penuh warna-warni.
Majlis Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford menjadi lebih bermakna dengan kehadiran KDYMM Sultan dan Sultanah Pahang. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob.
Pada hari Khamis, 19 Disember yang lalu, sahabat teman En. Saipuddin Zainuddin, Penyelia Sekolah Rendah PPD Lipis menjemput teman untuk menutup serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta Kursus Keselamatan Makanan yang terdiri daripada PPM Asrama, Pendidikan Khas dan Prasekolah. Teman harap dengan menghadiri kursus ini, tahap profesionalisme Pembantu Pengurusan Murid ini akan dapat ditingkatkan. Tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.
Pada hari Sabtu yang lalu (21 Disember), Kelab Staff PPD Lipis telah menganjurkan Hari Keluarga di D'Village Resort Melaka. Alhamdulillah, ramai juga staff yang turut serta. Ada yang datang dengan kereta sendiri dan ada yang menaiki bas yang telah disewa. Yang datang dengan kereta sendiri tu sebab ada agenda lain selepas program Hari keluarga ini. Teman pun sebenarnya dah mohon cuti pada 23 dan 24 Disember, ingatkan selepas program hari keluarga di Melaka nak terus balik Kedah. Emm...rupa-rupanya ada mesyuarat pula 24 tu. Kena cancel la cuti teman tu.
Walaupun Program Hari Keluarga ni hanya satu malam sahaja, namun pada teman ianya cukup bermakna. Dapat jugalah berkenal-kenalan dengan ahli keluarga staff PPD yang hadir. Tahniah dan terima kasih teman ucapkan kepada Pengerusi dan AJK Kelab Staff PPD Lipis. Semoga tahun depan lebih ramai yang dapat hadir. Emm...Timbalan PPD cadangkan tahun depan buat kat Langkawi. Best la...boleh balik my hometown.
Balik dari Melaka teman singgah di Kuala Lumpur untuk melawat my eldest son, Ikhwan Hariz. Beliau tak nak ikut ke Melaka, alasannya semester 2 baru bermula, banyak kerja nak buat. Actually...teman rasa, budak-budak bila dah dewasa sikit mulalah liat nak join program-program kekeluargaan nie. Selepas bermalam semalam di Kuala Lumpur, keesokannya teman bertolak ke Kuantan untuk menghadiri mesyuarat di JPN Pahang pada 24 Disember. My wife masih bercuti, so beliau ikutlah teman ke Kuantan sekali.
No comments:
Post a Comment