Pages

Sunday, December 8

Pray 4 Pantai Timur

Banjir di Pantai Timur kali ini agak teruk berbanding tahun-tahun sebelum ini. Keseluruhan bandar Kuantan dan Kemaman dinaiki air serta hampir lumpuh. Ribuan penduduk terpaksa berpindah ke pusat-pusat pemindahan banjir. Sudah tentulah banyak harta benda yang musnah dan hilang dibawa arus. Kepada yang terlibat, semoga kesabaran sentiasa menemani kalian semua. Teman tak berkesempatan untuk turut berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Oleh itu, di kesempatan ini, teman ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini. Semoga susah payah anda semua akan mendapat balasan pahala daripada Allah SWT.

Petang tadi, teman bersama keluarga meninjau-ninjau kawasan sekitar sungai Lipis. Nampaknya air sudah mulai naik walaupun hari ini tak hujan. Barangkali hujan di kawasan hulu lebat dan airnya mengalir ke Lipis. Harap-harap keadaan ini tidak menjadi semakin buruk.

Cuti hujung minggu baru-baru ini, teman tak dapat ke mana-mana. Sabtu dan Ahad terpaksa berada di office. Banyak tugasan yang perlu dibereskan terutama laporan prestasi guru-guru. Dateline dah tiba, nak tak nak kena siapkan juga.

Pada 1 hingga 3 Disember yang lalu, teman menghadiri Mesyuarat Pertukaran dan Penempatan Guru Peringkat Negeri Pahang di Crown Crystal Hotel, Kepong.

Rasanya dalam banyak-banyak mesyuarat yang teman perlu hadir, inilah mesyuarat yang paling stress. Mengetahui daerah kehilangan beberapa orang guru yang mengajar subjek kritikal melalui pertukaran antara negeri dan daerah amat merisaukan teman. Kehilangan ini sukar untuk diganti. Cuma teman harap, sekolah-sekolah yang terlibat bijak menggunakan sumber-sumber yang ada bagi mengatasi masalah ini. Insyaallah jika ada posting baharu, teman akan cuba dapatkan guru-guru subjek kritikal ini bagi menampung kekurangan yang ada.

Pada pagi Khamis yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Rosli Mubin, Timbalan PPD Lipis. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Nor Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Pahang. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan persiapan akhir sebelum program berlangsung.

Sebelah petangnya telah diadakan lawatan tapak sempena Sambutan 100 Tahun tersebut. Turut hadir dalam lawatan tapak ini ialah En. Zulkifli (wakil SUK), Dato' Mohd Nor (Pegawai Daerah), Tuan Haji Misnan (Pegawai Pendidikan Daerah) dan ketua-ketua jabatan di daerah Lipis. Insyaallah, program Sambutan 100 Tahun ini akan diadakan pada 15 Disember 2013 dan akan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang.

No comments: