Pages

Saturday, November 23

This is the beginning

Di kesempatan ini, teman ingin ucapkan tahniah kepada Guru Besar serta seluruh warga SK Senderut di atas pencapaian terbaik dalam UPSR yang lalu. Seramai 8 orang pelajar telah lulus semua mata pelajaran. Mungkin bagi sekolah-sekolah di bandar, kejayaan mendapat 5A yang lebih diutamakan. Namun bagi sebuah sekolah yang jauh di pedalaman, lulus semua mata pelajaran pun sudah cukup membanggakan. Jadikan ini sebagai permulaan untuk membuat lompatan saujana ke arah mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Warga SK Senderut telah berjaya membuktikan bahawa momokan sebelum ini yang mengatakan murid-murid orang asli ini tidak boleh berubah adalah palsu semata-mata. Orang yang berkata begitu, sebenarnya adalah orang yang tidak ingin berusaha. Kepada GB dan guru-guru SK Senderut, semoga kalian terus tabah dalam menghadapi dugaan berkhidmat di sekolah pedalaman. Setahun yang lalu, ketika kita berjumpa di PPD Lipis dalam perjumpaan 'dari hati ke hati' beberapa orang dalam kalangan guru mencadangkan penempatan 'guru pakar' di SK Senderut. Saya katakan waktu itu bahawa guru pakar tidak diperlukan kerana tuan-tuanlah guru pakar sebenar yang lebih memahami murid-murid asli ini. Kalau dibawa masuk guru pakar dari luar, belum tentu mereka dapat mengajar lebih baik daripada tuan-tuan. I believe the experience is one of the elements for success. 

Pada 19 November yang lalu teman menghadiri Bengkel Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) di Hotel Grandcontinental Kuantan. Turut sama dalam bengkel ini ialah Tuan Haji Misnan (PPD),  En. Shahrom (KU SPK), Ustaz Halim (wakil KU Akademik) dan Pn. Zarina (wakil Timbalan PPD). Bengkel ini adalah sebahagian program tranformasi Pejabat Pelajaran Daerah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Riadah petang...bermain bowling bersama sahabat- sahabat PPPDM di Berjaya Megamall Kuantan. Turut bermain bersama kita orang ialah KS Pengurusan Sekolah, Haji Wan Abdul Hamid bin Wan Mohamad. Emm...ok jugalah permainan teman kali nie, dapat 5 kali strike boleh le teman berada di tempat ke enam.

Habis berbengkel di Grandcontinental, teman terpaksa pula menghadiri mesyuarat eOperasi di Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Mesyuarat bagi membetulkan data guru ini, agak memeningkan kepala, maklumlah guru-guru dah start cuti, susah nak hubungi dia orang untuk sahkan data masing-masing.

Semalam my youngest son bersunat. Menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor, agak mendebarkan. Bukan anak je yang resah, abahnya pun tumpang risau juga. Rasanya bersunat zaman moden nie lebih selamat berbanding zaman dulu yang menggunakan khidmat Tok Mudin. Doktor menggunakan elektrik untuk memberhentikan pendarahan (macam welding kereta je). Selepas luka dijahit, tiada pendarahan lagi.

Alhamdulillah...dah selesai pun. Emm..nak kena layan kerenah orang bersunatlah pulak.

No comments: