Pages

Thursday, November 14

Keputusan UPSR 2013 daerah Lipis

Tuan PPD sedang mengumumkan keputusan UPSR 2013 daerah Lipis. Semua Guru Besar berdebar-debar menunggu keputusan sekolah masing-masing. 

PERKARA
2012
2013
BEZA
ETR
GRED PURATA (GP)
2.45
2.39
+ 0.06
2.20
PERATUS (MSMP)
64.20
63.66
- 0.54
70.00
CALON CEMERLANG (5A/7A)
185 ORANG
11.02%
139 ORANG
8.77%
- 46 ORANG
- 2.25%
230 ORANG
Pencapaian UPSR 2013 Daerah Lipis. Nampaknya hanya Gred Purata yang meningkat sedikit, manakala Peratus Menguasai Semua Mata Pelajaran dan Calon Cemerlang 5A/7A menurun. 

PERKARA
KEDUDUKAN
2013
KEDUDUKAN
2012
GRED PURATA
 (GP)
10/11
11/11
PERATUS
(MSMP)
9/11
10/11
CALON CEMERLANG (5A/7A)
8/11
4/11
Apa-apa pun tahniah kepada semua warga pendidikan Lipis kerana kita bukan yang terakhir dalam ketiga-tiga kategori ini.

Selepas majlis pengumuman keputusan UPSR 2013 di PPD Lipis, teman terus ke SK (LKTP) Sungai Koyan untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Wan Rosdi, ADUN Jelai. Tahniah kepada SK LKTP Sungai Koyan di atas kejayaan 12 orang pelajar mendapat 5A.

Pada hari Rabu (13 November) teman telah diminta oleh Tuan PPD untuk hadir merasmikan Majlis Graduasi Prasekolah dan Anugerah Kecemerlangan SK Padang Tengku. Tahniah kepada seluruh warga SKPT kerana berjaya menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini. Teman respect betul kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini. Kalau dulu, kita lihat kaum ibu sahaja yang rajin hadir ke majlis-majlis seumpama ini. Namun sekarang, kaum bapa pun sudah terbuka keinginan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Petangnya teman menggantikan Tuan Timbalan PPD untuk majlis perasmian penutup Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat 2013 Kolej Komuniti Kuala Lipis. Majlis dirasmikan oleh Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku.

Sebelah malamnya pula, teman meraikan jamuan akhir tahun SK Senderut. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Misnan, PPD Lipis dan En. Rosli Mubin, Timbalan PPD. Terima kasih kepada En. Manaf Mat, Guru Besar SK Senderut kerana sudi menjemput teman ke majlis tersebut. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

No comments: