Pages

Thursday, October 31

Congratulations to Skuad Tok Gajah

Pada hari Selasa (29 Oktober) yang lalu, teman diminta oleh tuan PPD untuk mewakili beliau ke Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang dan Graduasi SMK Orang Kaya Haji. Majlis yang bermula jam 10.30 pagi itu diadakan di Dewan Jubli Perak SHAS Kuala Lipis. Majlis ini sepatutnya dirasmikan oleh Dato' Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat datang kerana menghadiri Persidangan Parlimen. Wakil beliau, En. Azhar telah merasmikan majlis ini. Diharapkan majlis ini akan dapat melonjak keinginan pelajar-pelajar, terutama pelajar Tingkatan 5 untuk mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan datang ini.

Pada hari Rabu (30 Oktober) pula, sekali lagi teman diminta mewakili tuan PPD bagi merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Clifford. Majlis yang bermula jam 3.30 petang itu turut dihadiri oleh Pengetua MRSM Kuala Lipis dan beberapa orang wakil Jabatan lain. 

Walaupun majlis ini dibuat secara dalaman sahaja, namun pada teman ianya cukup meriah dan penuh bermakna. Kita bukan sekadar hendak melahirkan ulat buku semata-mata, sebaliknya untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pencapaian kokurikulum seseorang pelajar juga seharusnya dilihat sama penting dengan pencapaian kurikulumnya.

Pada hari Jumaat (1 November) berlangsung Mesyuarat Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford kali kedua di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Ir Mohd Soffi, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkemaskan persediaan Sambutan 100 Tahun tersebut yang dijangka akan diadakan pada 14 Disember ini. Walau bagaimanapun tarikh tersebut perlu terlebih dahulu mendapat perkenan KDYMM Sultan Pahang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB Dato' Mustafa Long (Adun Padang Tengku), Dato' Mohd Nor (Pegawai Daerah Lipis), Tuan Haji Wan Abdul Hamid (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Pahang), Tuan Haji Misnan (Pegawai Pendidikan Daerah Lipis), Hajah Rasidah (Pengetua SMK Clifford), En. Jamaluddin (Guru Besar SK Clifford), Ketua-Ketua Jabatan dan Penghulu-Penghulu Daerah Lipis.

TAHNIAH kepada skuad TOK GAJAH kerana berjaya memenangi Piala Malaysia 2013. Anak dan isteri teman orang Pahang, jadi kena sokong Pahang lah. Lagipun teman dah 24 tahun bermastautin di negeri Pahang nie. Lebih lama teman berada di Pahang daripada di negeri kelahiran teman sendiri.Tapi kalau final malam Ahad baru-baru nie antara Pahang dengan Kedah, susah juga teman nak buat pilihan.

Thanks to Pahang State kerana memberi cuti khas pada hari Isnin baru-baru nie sempena kejayaan skuad bola sepak pahang ke final. Cuti panjanglah orang Pahang, weekend campur dengan cuti Deepavali dan Maal Hijrah dah jadi 4 hari straight. Kalau sekolah anak bongsu teman tak ada sukan pada hari Ahad, boleh le pergi bercuti.

Untuk mengisi cuti bola semalam, teman sekeluarga ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan. Orang rumah teman cadangkan ke Kuala Lumpur Festival City (KLFC) iaitu sebuah pusat membeli-belah di Danau Kota, Setapak. Teman pun tak pernah lagi menjejak kaki ke sini.

Best juga kat KLFC nie. Macam-macam ada (tagline ASTRO tu). Duit je tak berape ade. Al-maklum le, gaji awal hari tu.

Teman suka restoran kat sini, memang comfort and clean. Banyak stall kat section food & beverages yang boleh dipilih. My sons love to eat at a sushi restaurant. Kat sini ada dua restoran sushi, King Sushi dan Octopus Sushi & Thai. Dah biasa makan kat Octopus Wangsa Walk, so...kat sini pun restoran itulah juga pilihan dia orang.

Sushi Restaurant bukanlah berkaitan raw food semata-mata. Kalau makan ikan tuna mentah tu, memang tak jalanlah tekak teman. Selain sushi pelbagai lagi menu biasa yang boleh ditempah di sini. My youngest son, Imran suka pulut yang dibalut dengan seaweed dan diletakkan tuna mayonis di atasnya. Nasib baik le, makanan kegemarannya ini dihidangkan dalam piring berwarna kuning. Kat restoran sushi nie, harga makanan yang beredar di atas meja berputar tu ditentukan berdasarkan warna piring. Kuning yang paling murah RM2.80, manakala yang paling mahal ialah piring merah, RM7.80 sepiring. Itu jam kalau dia nak dua tiga piring pun takpe la.

Di KLFC ini juga ada branch kedai buku POPULAR. Teman suka menghabiskan masa di kedai buku. Itu sebablah bila ke kedai buku, teman lebih suka bersendirian. Kalau pergi dengan bebudak nie, memang tak sempatlah nak buat pilihan. 

No comments: