Petang 23 Oktober baru-baru nie, teman menyertai program hari keluarga sekolah orang rumah teman di Cameron Highlands. 24 Oktober adalah hari cuti Keputeraan KDYMM Sultan Pahang. Emm...inilah masa yang paling sesuai untuk ke Cameron Highlands kerana hanya negeri Pahang sahaja yang bercuti. Tidaklah crowded sangat nanti. Kami sampai di Desa Anthurium (tempat menginap) sekitar jam 9.00 malam, lewat sedikit le sebab teman terpaksa menghadiri satu mesyuarat di Temerloh hari tu. Sampai di rumah pun dah pukul 5.00 petang, selepas mandi dan berkemas pukul 6.30 petang baru boleh bertolak ke Cameron.
Keesokan harinya, program family day diadakan di SK Tanah Rata. Guru Besar sekolah orang rumah teman pernah menjadi Guru Besar di sekolah nie dulu. Itu sebablah dia suggestkan sekolah nie.
Banyak juga aktiviti yang diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Dalam program macam nie, semua orang kenalah sporting. Winning or losing is not important, yang penting take part.
Hah...nie teman dengan my eldest son, Ikhwan Hariz. Kami menyertai acara memasukkan benang ke dalam jarum. Sorang pegang jarum dan sorang pegang benang. Susah juga ye, dahlah mata pun tak berape nak nampak. Tapi rasa-rasanya kalau teman declare awal, dapat tempat kedua teman anak-beranak. Finally...my family did not win any events.
Selesai acara telematches di SK Tanah Rata, kami mengadakan lawatan ke Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands. Letaknya bersebelahan sahaja dengan SK Tanah Rata. Rasanya dah banyak kali teman datang ke Cameron, tapi tak pernah melawat taman nie. Emm...ada gaya Amitabh Bachan dengan Jaya Bhaduri tak?
Nampak fresh buah-buah tomato kat sini. Buat sambal belacan sedap juga nie. Kalau makan kari mamak, dia orang selalu letak tomato. Tapi entahlah...semenjak dua menjak nie teman rasa cannot go la pulak. Mungkin sebab banyak sangat pendedahan di media massa berkaitan tahap kebersihan yang meragukan di restoran mamak nie. Cuma, bila my youngest son nak pekena kari kambing...time tu nak tak nak kenalah juga teman masuk kedai mamak. Nape ye, restoran Melayu tak masak kari kambing?
Buah Lagenaria leucantha atau orang kita sebut labu air. Biasanya labu air nie, orang rumah teman masak dengan suhun campur fucuk. Jodoh pula dengan ikan pekasam Kedah. Peh, sedap pepaleh weh.
Selepas melawat Taman Agroteknologi Mardi, program family day pun berakhir la. Semua orang boleh buat program masing-masing. Ada yang ambil keputusan untuk terus balik dan ada yang masih nak meronda-ronda sekitar Cameron nie. Teman sekeluarga mengambil keputusan untuk ke Kia Farm dulu sebelum bertolak balik ke Kuala Lipis. On the way balik, kami melalui Bertam Valley iaitu tempat kejadian banjir besar yang meragut 3 nyawa dan memusnahkan banyak kawasan tanaman sayur-sayuran. Emm...teruk juga kalau melihat kepada keadaan selepas banjir tersebut. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kejadian ini. Kuasa alam, tak mampu kita menahannya.
No comments:
Post a Comment