Teman tak berapa ingat bila last time teman balik ke kampung untuk menyambut hari raya Aidil Adha. Biasanya teman meraikan hari raya korban ini di Kuala Lipis. Entah kenapa, kali ini terasa ingin pulang menjenguk orang tua di kampung, biarpun teman baru sahaja pulang pada hari raya Aidil Fitri yang lalu.
Kematian tiba-tiba Tuan Haji Othman (Ketua Pembantu Tadbir PPD Lipis) dan pemergiaan untuk selamanya beberapa orang sahabat di JPN dan PPD memberi sedikit emotional impression kepada teman. The same thing can happen to anyone, termasuk diri teman. Oleh itu, setiap kesempatan yang ada, ingin teman luangkan bersama insan-insan yang rapat dengan teman.
Bila balik ke kampung teman nie, perkara yang best dilakukan bersama keluarga ialah memancing. Petang pertama dan kedua berada di kampung tak dapat nak memancing kerana hujan turun. Alhamdulillah, petang ketiga, hujan tidak turun walaupun langit agak mendung. Kesempatan itu kami gunakan untuk memancing di taliair bersebelahan dengan sawah padi. Nampaknya ikan puyu sahaja yang dapat.
Terkezut jugalah orang rumah teman bila dapat ikan keli. Gelilah pulok nak tanggalkan mata kail dari mulut ikan tu. Teman pun kena careful juga bila berurusan dengan ikan keli nie. Sekali kena sengatnya, mau tak tidur malam sakitnye. Pengalaman mencari ikan waktu kecil dulu banyak mengajar teman tentang ikan spesis nie.
Emak bersama kakak dan adik ipar teman sedang membalut ketupat palas. Looks like easy tetapi kalau tersalah balut, air masuk waktu merebus nanti, alamat lembiklah ketupat tu. Makan ketupat dengan kari daging, peh! sedapnye weh.
Emm...ini le anak-anak zaman moden. Asyik dengan laptop je pagi dan petang. Musim hujan nie, molek juga le dia orang memerap kat dalam rumah. Kalau tak, puas pulalah nak kena basuh baju. Hujan-hujan nie susah nak kering.
Balik dari bercuti Hari Raya Aidil Adha, teman terpaksalah pulun untuk siapkan beberapa perkara berkaitan penempatan murid ke Tingkatan 1 serta persediaan untuk menghadapi mesyuarat pertukaran guru yang akan berlangsung pada penghujung Oktober ini. Pada masa yang sama terpaksa juga hadir majlis-majlis tertentu bagi mewakili Tuan PPD.
Pada hari Jumaat 18 Oktober, teman mewakili Tuan PPD ke program yang dianjurkan Oleh Majlis Daerah Lipis iaitu Program Penyerahan Rumah Bantuan di Kampung Beletik, Padang Tengku dan Program Pecah Tanah bagi pembinaan hentian RNR di sebelah stesen minyak Petronas Kechau.
Pada hari Sabtu, 19 Oktober pula, teman terpaksa berada di Pusat Matrikulasi Gambang, Kuantan untuk Program keibubapaan (Sarana Ibu Bapa). Setiap PPD dikehendaki menghantar 3 orang wakil iaitu Tuan PPD, Kaunselor Organisasi dan Pegawai Meja Sarana. Hai...hari Sabtu nie memang le berat rasenya nak outstation tetapi apa boleh buat SYMP, kena le pergi juga
No comments:
Post a Comment