Pages

Sunday, September 15

Hanya tinggal kenangan...

Hari nie, teman menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Lipis yang diadakan di Dewan SK Penjom. Ramai juga jemputan yang hadir. Antara ketua-ketua jabatan yang teman nampak selain Dato' DO ialah Tuan Ketua Polis, Pegawai Pemerintah 8 RAMD dan Pengetua MRSM.

Majlis sambutan dirasmikan oleh YB Dato Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis.

Semalam, teman bersama keluarga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bos teman di Kampung Sungai Tua, Batu Caves. Pening juga teman nak cari rumah pengantin nie, berputar-putar jalannya. Papago pun naik keliru, last-last hanging gitu je. Nasib baik ada clue bunga manggar, boleh la teman follow perlahan-lahan.

Sebelum ke rumah bos, shopping dulu kat Brem Mall Kepong. Tengah bulan nie, so tak bolehlah nak shopping beriya.

Singgah di Wangsa Walk. Layan anak bongsu teman menikmati makanan kegemarannya di Octopus Sushi Restorant.

Hanya tinggal kenangan... Tuan Haji Othman bin Abu Hassan (tiga dari kanan), Ketua Pembantu Tadbir Pejabat Pendidikan Daerah Lipis telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis yang lalu sekitar jam 9.40 pagi. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika melaksanakan tugas pemantauan di SJK (Tamil) Ladang Budu. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Saravanan (Guru Besar), En. Azman (Pemandu PPD) dan Pengawal Keselamatan SJKT Ladang Budu di atas pertolongan saat-saat akhir hayat Tuan Haji Othman. Terima kasih juga kepada saudara Anwar bin Ismail, GPK Kokurikulum SK Kechau Tui kerana membantu membawa isteri arwah ke Pusat Kesihatan Benta.

Pada 11 September 2013 (Rabu) telah berlangsung Mesyuarat Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Kebangsaan Clifford.

Mesyuarat telah dipengerusi oleh YB Dato' Ir Mohd Soffi bin Tan Sri Razak, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. YH Encik Rosdi Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat bertujuan untuk menetapkan tarikh sambutan dan melantik Jawatankuasa Kerja. Sambutan dijangka akan diadakan pada bulan Disember ini iaitu selepas selesai peperiksaan SPM. Namun seandainya keadaan tidak mengizinkan, tarikh tersebut akan ditunda pada bulan Februari tahun hadapan.

YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis juga dijemput hadir bagi menyumbang buah fikiran. Majlis yang melibatkan Ke Bawah Duli Tuanku nie perlu banyak pandangan agar majlis dapat dilangsungkan dengan lancar dan tertib mengikut protokol yang telah ditetapkan.

Selepas tamat mesyuarat, Tuan Pengarah ingin membuat lawatan mengejut ke SMK Padang Tengku. Ini merupakan lawatan pertama beliau sebagai Pengarah ke sekolah di daerah Lipis. Pemilihan sekolah ini mungkin disebabkan SMK Padang Tengku merupakan sekolah pertama beliau bertugas selepas menamatkan pengajian di universiti. Agaknya Tuan Pengarah ingin mengimbau kenangan sewaktu beliau mula-mula bergelar guru dahulu kut. Terima kasih kepada pengusaha kantin SMKPT kerana dalam masa tak sampai 20 minit dapat menyiapkan juadah makan tengah hari untuk Pengarah.

No comments: