Pages

Friday, November 11

When the results were announced...


10 November yang lalu, keputusan pertukaran melalui eGTukar diumumkan. Waktu itu saya sedang menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data OPMEN di Hotel Brisdale Kuala Lumpur. Bermula jam 2.30 petang telefon bimbit saya mula diserbu panggilan dan masage daripada nombor-nombor yang tiada dalam simpanan saya. Dalam bilik mesyuarat tersebut agak sukar bagi saya untuk membalas semua panggilan tersebut. Kebanyakan yang membuat panggilan dan menghantar masage itu adalah terdiri daripada guru-guru yang memohon bertukar pada tahun depan. Bagi mereka yang permohonannya diluluskan, ingin tahu pula di sekolah mana mereka ditempatkan. Manakala bagi yang tidak diluluskan pula ingin tahu mengapa permohonan mereka tidak diluluskan dan cara untuk membuat rayuan. Panggilan berterusan saya terima sehingga lewat malam. Ada juga yang melefon itu terdiri daripada Pengetua-Pengetua yang mahu tahu pengganti bagi guru mereka yang berjaya bertukar. Dalam situasi ini, amat sukar bagi saya untuk memberi jawapan yang memuaskan hati semua orang. Cuma, bagi yang berjaya saya ucapkan tahniah dan tunggulah surat penempatan yang akan kami keluar dalam seminggu dua ini. Sebaliknya bagi yang tidak lulus, apa yang saya boleh katakan di sini, masanya mungkin belum tiba lagi. Walau bagaimanapun anda masih berpeluang untuk membuat rayuan. Buatlah surat rayuan dan hantar kepada Timbalan PPD Lipis. Insyaalah...jika rezeki anda ada, hasrat dan keinginan anda itu bisa tercapai. Sebagai insan yang dipinjamkan ke jawatan ini...saya ingin sekali bertindak dengan sebaik mungkin. Semoga Allah memberi saya ilham dan kelapangan dalam merealisasikan mimpi anda semua.



Hai, Haji Amir...Harijadi yang ke berapa nie? Dalam sibuk mengemaskini data OPMEN sempatlah juga kita meraikan sabahat-sahabat PPPDM yang menyambut harijadi. Taniah kepada saudara Abdullah, PPPDM Maran kerana dilantik sebagai Ketua Unit Naik Pangkat Jabatan Pelajaran Pahang.

Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur, alhamdulillah sempat saya berhenti menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Lentang. Selama nie duk tengok je masjid nie dari lebuh raya, baru nie berpeluang berhenti dan sembahyang. Tak sangka juga...masjid tengah lebuh raya nie boleh ramai jemaah, dari mana diorang datang agaknya?

Anak bongsu saya kata 'Abah dah berubah sekarang'. Saya tanya kenapa? Dia kata ' Sekarang abah dah tak ada masa nak layan adik'. Hem...saya terkedu juga dengan pertanyaan itu. Namun, luahan rasa anak saya ini ada jua kebenarannya. Akhir-akhir ini setiap minggu saya terpaksa out station dan cuti hujung minggu pula saya terpaksa membereskan kerja-kerja office yang tertangguh. Terasa rindu pula pada kehidupan sebagai guru di sekolah dahulu.

No comments: