Pages

Friday, November 18

When the phone never stopped ringing...

Refleksi daripada keputusan pertukaran yang telah dibuat baru-baru ini agak mengejutkan saya. Pengalaman pertama menghadapi situasi begini nyaris-nyaris melemaskan. Namun, setelah bertukar-tukar cerita dengan rakan-rakan di daerah lain, rasanya masalah yang saya hadapi ini tidaklah sebesar mana. Di Lipis, saya hanya menguruskan 12 buah sekolah menengah sahaja, bayangkanlah saudara Mat Bakar (PPPDM Kuantan) yang terpaksa menguruskan 38 buah sekolah. Tentulah masalahnya lebih besar daripada saya.
Bermula daripada 10 November yang lalu hinggalah ke saat ini, saya masih lagi menerima panggilan telefon daripada guru-guru yang tidak berpuashati sama ada tentang pertukaran atau penempatan mereka. Saya cuba memberi penjelasan tetapi bagi yang kecewa, tiada penjelasan yang dapat mengubat hati kecuali hasrat dan keinginan mereka dipenuhi. Kalau ada 'magic stick' mungkin saya mampu melakukannya tetapi itu tentulah tidak mungkin. Saya terasa gundah juga dengan situasi yang berlaku ini. Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana keputusan ini dibuat tanpa bermaksud untuk menganiaya sesiapa dan dilakukan sehabis baik yang saya mampu.

Bermula dari 16 hingga 18 November 2011 saya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan GST di RBR Rompin.

Di samping bermesyuarat, turut diselit dengan kursus tatacara pengauditan kewangan sekolah yang disampaikan oleh En. Ramlan Abdullah, Pengelola Cemerlang PPD Rompin dan En. Abdul Razak Hamzah, Pengelola Cemerlang PPD Pekan. ( Tuan Haji Tajuddin, KPP SPS sedang menyampaikan cenderahati kepada En. Razak ). Bagi pihak semua PPPDM, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang Lan dan abang Ajak.

Kesempatan juga diambil untuk meraikan En. Abdullah Haji Abu, mantan PPPDM Maran yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Unit Naik Pangkat di JPN Pahang.

En. Rosli Mubin mewakili semua PPPDM menyampaikan cenderahati kepada En. Abdullah. Kepada En. Lah, tahniah diucapkan. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di JPN nanti.

No comments: