Pages

Wednesday, November 23

Persidangan Memperkasakan Pengurusan Sekolah Menengah

Bermula dari 21 hingga 23 November yang lalu, saya telah menghadiri Persidangan Memperkasakan Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 yang telah diadakan di Kuala Lumpur International Hotel. Tema persidangan kali ini ialah 'Tranformasi Pendidikan Pengurusan Menengah'. Persidangan ini merupakan satu saluran untuk mendedahkan pegawai-pegawai di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang ada hubung kait dengan kepimpinan. Persidangan ini memberi peluang kepada semua peserta membincangkan tentang isu, cabaran dan cara mempertingkatkan kualiti kepimpinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan organisasi.

View from room B1119

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Tan Sri Musa bin Tan Sri Dato' Haji Hassan, Pengarah Pusat Perang Saraf Media dan Informasi UiTM ( Mantan Ketua Polis Negara ) sedang menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Strategik Organisasi.
YB Dato' Sri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA juga turut dijemput untuk menyumbangkan buah fikiran beliau berkaitan kreativiti dan inovasi dalam pengurusan organisasi.

YB Dato' Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tetap memberikan komitmen beliau terhadap persidangan ini walaupun mengalami sedikit kecederaan di kaki beliau.

Apa agaknya yang dibualkan oleh En. Bob dan saudara Rosli nie?

No comments: