Dah lama saya tak update blog ini. Bukan kekurangan bahan atau idea, cuma masa yang agak kurang mengizinkan. Jawatan baru yang saya pegang ini betul-betul meragut separuh masa senggang saya. Mendekati cuti akhir persekolahan ini makin bertambah-tambah tugas yang terpaksa saya bereskan. Bermula dengan pengisian permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh secara online dan kemudian disusuli pula dengan proses penempatan pelajar tahun 6 ke tingkatan 1 di sekolah-sekolah menengah daerah Lipis bagi sesi persekolahan 2012. Semalam saya baru pulang dari Kuala Terengganu menghadiri mesyuarat pertukaran guru. 3 hari kat sana, macam nak pecah kepala...stress memanjang. Minggu depan akan bermula pula siri jelajah ke sekolah-sekolah untuk ujian kelayakan kemasukan ke Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP). Ujian ini akan diadakan bermula 2 hingga 11 November di pusat-pusat ujian yang telah dikenalpasti. Selepas keputusan UPSR diumumkan nanti, sibuk pula nak isi permohonan online Sekolah Rancangan Khas. Hem...rasanya, inilah hari-hari yang amat sukar bagi saya. Dah hampir 2 bulan saya terpaksa korbankan cuti hujung minggu untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang memberi galakan dan dorongan. Tidak lupa juga buat anak-anak dan isteri yang memahami...semoga kalian bersabar dengan dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi ini. Insyaallah...we will find time for family activities later.
Walaupun agak sibuk, namun saya berkesempatan juga hadir mewakili PPD Lipis untuk Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-22 SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis yang diadakan pada 22 Oktober 2011. Majlis gilang gemilang ini bersempena juga Sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan sekolah ini. Tetamu istimewa yang dijemput hadir bagi merasmikan majlis ini ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tuan Haji Tajuddin merasmikan Bengkel Gimik, SMV SHAS Kuala Lipis. Gimik adalah salah satu kebitaraan sekolah ini selain woodball. (deme punya meriam angin tu kuat sangat la...terkezut keh, nasib tak latah)
Time with family...cuti Deepavali baru-baru nie, sempat la juga bawa bebudak pergi bercuti. Percutian yang tak dirancang nie, kena la cari destinasi yang dah femiliar. Kuantan la, kat mana lagi. Boleh la pekena otak-otak dan satar kat warung Mok Na Tanjung Lumpur. Azizan, kerani BRP bagitau beli baju batik kat Kamdar murah. Murah tak murah RM69 juga weh. Selepas hampir sejam duk pilih baru la dapat 2 helai yang nampak macam batik mahal. Jangan orang kata batik budak sekolah sudah laa...
A relaxing evening...Pantai Batu Hitam, Beserah.
The best time is to eat together...

No comments:
Post a Comment