Pages

Wednesday, August 1

Rezeki Ramadhan di SK Relong

Jumaat lepas, orang rumah ikut saya berbuka di majlis berbuka puasa anjuran Kelab Staf PPD Lipis. Petang semalam giliran sayalah pula mengikut beliau berbuka puasa di SK Relong. Kalau nak diikutkan, memanglah semua orang hendak berbuka bersama keluarga di rumah. Bebas sikit, tak payah berpakaian kemas dan bolehlah makan sebanyak mana yang mampu. Dalam majlis tak bolehlah buat begitu, kena jaga tingkah laku. nanti dikatakan pelahap pula. Kadang-kadang timbul rasa tidak puashati sebab asyik kena berbuka di luar sahaja. Namun, jika kita dapat berfikir sejenak, sebenarnya kita agak kurang dapat bersama-sama dengan rakan setugas dan komuniti setempat. Sepanjang masa kita sibuk dengan tugas masing-masing. Sampai jiran sebelah rumah pun kita tidak sempat bertanya khabar. Namun di atas keberkatan bulan Ramadhan inilah kita memiliki peluang untuk merapat hubungan dengan orang-orang di sekitar kita. Tak apalah kita kurbankan sehari dua di bulan Ramadhan ini untuk tujuan murni tersebut. Jika niat kita betul, insyaallah...itupun ada pahalanya.
Best juga berbuka puasa kat SK Relong ni. Walaupun dibuat secara sederhana sahaja, namun apabila setiap orang pakat bawa sedikit seorang, jadi banyak pula juadahnya. Unik juga model berbuka puasa di SK Relong ni. Biasanya bila nak adakan majlis berbuka ni, mulalah kita colect duit, kemudian cari caterer untuk memasak. Sebaliknya di SK Relong, semua staf bawa juadah masing-masing kemudian pakat kongsi sama-sama. Kalau ada 20 orang staf, maka 20 menulah yang ada. Baru pening nak pilih yang mana satu nak makan. Sekolah-sekolah lain yang berhajat hendak mengadakan majlis berbuka tetapi sampai sekarang dana tak berapa nak cukup, bolehlah guna cara ini. Kepada Encik Zainal Kamarudin, Guru Besar serta semua staf SK Relong, tahniahlah kerana dapat mengadakan jamuan berbuka puasa ini. Semoga dengan adanya majlis berbuka ini, kejeleketan sesama staf SKR akan lebih utuh lagi.
.
" Tiga hal dalam kehidupan, jika rosak akan sukar untuk dibaiki semula : Penghormatan, Kepercayaan dan Persahabatan "
.
Haji Ahmad Suhaimi, Guru Besar SK Padang Tengku sedang mengambil juadah. Cepat weh...dah dekat sangat nak berbuka ni. 

Banyak betul menu. Naik rambang biji mata nak pilih yang mana satu. Tepuk dada tanya selera la. Sabor Cikgu Lie (Guru Besar SK Gua) ...ini turn kawe. Senduk ada satu je, kena bergilir la.

Macam berkelah je ni. Seronok la dapat berbuka beramai-ramai macam ni.

No comments: