Pages

Thursday, August 2

Berbuka Puasa di SJKT Ladang Selborne

Kelihatan agak pelik tetapi itulah yang berlaku. Sebuah sekolah Tamil menganjurkan majlis berbuka puasa. Sekolah yang terletak di dalam Ladang Selborne ini mempunyai 12 orang staf dan hanya dua orang sahaja beragama Islam. Ketika menerima jemputan untuk hadir ke majlis ini saya rasa agak sangsi. Namun selepas dijelaskan bersungguh-sungguh oleh Norzila (Pembantu Tadbir sekolah tersebut) saya pun memberi persetujuan untuk hadir. Alhamdulillah, ramai juga pegawai PPD yang hadir termasuk Tuan Haji Misnan (Pegawai Pelajaran Daerah). Mengikut Encik Kumarasamy a/l Rajagopal, Guru Besar sekolah tersebut, ini merupakan tahun ketiga majlis seumpama ini dianjurkan oleh sekolah tersebut. Hem...macam mana saya boleh miss dua tahun yang lalu tu.
Sesungguhnya saya melihat majlis ini dari dua makna. Pertama, walaupun staf Islam di sekolah ini merupakan minoriti, namun pihak pentadbir sekolah tetap menghormati dan mengiktiraf hak-hak mereka. Kedua, pihak sekolah telah mengambil inisiatif merealisasikan aspirasi 1Malaysia di mana kita bermatlamat untuk menjadi satu bangsa. Iaitu bangsa Malaysia. Kepada Guru Besar serta seluruh warga SJKT Ladang Selborne saya bagi pihak PPD Lipis merakamkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan anda semua. Memandu masuk ke sekolah anda, saya sungguh teruja dan terharu melihat anda semua berbaris menyambut kehadiran kami. Cara anda melayan dan berbudi bahasa di meja makan merupakan kenangan terindah yang sukar dilupakan. Tiada kata terbaik untuk menyatakan penghargaan kami selain TERIMA KASIH.
.



" Peliharalah keamanan. Hargailah masa di mana kita dapat bersama-sama tanpa prejudis. Jangan hanya menangis setelah ianya diragut pergi. Semoga Tuhan merahmati negara kita MALAYSIA "

No comments: