Pages

Thursday, August 9

Verifikasi OPMEN Julai 2012

Waktu ini saya berada di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat verifikasi data Opmen Julai 2012. Mesyuarat ini bermula semalam dan akan berakhir esok. Saya hadir bersama En. Arif Umar, Fasilitator Opmen daerah Lipis. Alhamdulillah setakat ini data Lipis tidak ada banyak masalah. Terima kasih kepada semua GPK Pentadbiran dan Guru Data Opmen sekolah-sekolah menengah daerah Lipis kerana telah berjaya menyediakan data ini dengan baik. Data yang tepat dan terkini adalah penting terutama ketika membuat pertimbangan untuk menukar atau meluluskan pertukaran guru. Jika data yang dibekalkan itu tidak tepat, maka keputusan yang dibuat juga akan menjadi tidak tepat. Oleh itu, pada masa hadapan diharapkan pihak sekolah terutama pentadbir dapat memastikan data-data guru ini sentiasa dikemaskinikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam membuat perhitungan.
.
 Mungkinkah mesyuarat verifikasi data Opmen kali ini merupakan yang terakhir? Difahamkan, selepas ini data e-operasi akan digunakan sepenuhnya bagi menggantikan Opmen.
.
View from the window of room 2106 at 7.20 am.
Syukur...kerana diberi peluang oleh Allah untuk hidup sehari lagi.
.
" Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang-orang yang berpuasa dari perkara (percakapan atau perbuatan) yang laqha dan tidak bermanfaat"
(Riwayat Abu Daud dari Ibnu Abbas RA)
.

Bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah tahun ini, Kelab Staf PPD Lipis mengambil inisiatif menjemput Amil Zakat ke Pejabat Pelajaran Daerah Lipis pada hari Jumaat yang lalu. Langkah yang julung-julung kali diadakan ini bagi memudahkan semua pegawai dan anggota sokongan menunaikan kawajipan masing-masing.
(En. Rokeman bin Jalil, Penolong PPD Pengurusan Akademik sedang melafaz akad zakat fitrah)
.
"Untuk mampu memimpin orang lain, yakni menjadi hujung tombak di barisan terdepan, seseorang itu haruslah sanggup dan berani maju sendirian'
.

Tahniah buat En. Shamsudin bin Basir, Penyelia Sekolah Rendah (Pendidikan Khas & Swasta) di atas lantikan sebagai Guru Besar DGA34 di SK (LKTP) Chemomoi, Bentong. Bagi pihak Unit Pengurusan Sekolah saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan tuan semasa berada di unit ini. Semoga tuan terus bersemangat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di lokasi yang baru nanti.
.

No comments: