Pages

Thursday, May 10

Sibuk sangat

 
 Hem...dah lama teman tak menulis dalam blog ni. Bukan tak ada isu penting yang nak dikongsi bersama, cuma masa yang agak terbatas. Dua bulan ni agak sibuk sedikit, banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Antara tugas-tugas tersebut ialah kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan 6 untuk sesi 2012/2013, Pemutihan eOperasi, pertukaran guru (eGTukar 1 Jun) dan yang paling teruk ialah tugas sebagai Setiausaha Hari Guru. Tahun ini Lipis telah terpilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan pada 16 Jun nanti. Setakat ini 4 kali mesyuarat telah diadakan bagi memastikan program sambutan Hari Guru ni berjalan lancar. Sebagai setiausaha nampaknya teman menjadi personel rujukan yang sangat penting. Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kerja sentiasa menghubungi teman untuk mendapat maklumat berkaitan tugasan yang akan mereka laksanakan. 
Minggu lepas teman terpaksa menghadiri Mesyuarat Penempatan Tingkatan 6 selama 3 hari 2 malam di Hotel Plaza, Kuala Lumpur dan hari ni pula teman baru sahaja balik daripada Hotel Dynasty Kuala Lumpur kerana menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data Opmen. Pada 15 Mei ini, selaku setiausaha Hari Guru Daerah teman diminta menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Perak. Memang agak padat betul jadual kali ni. Terasa betul penatnya...namun teman pasrah, inilah tugas yang telah diamanah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

 Ketika Mesyuarat Opmen di Dynasty Hotel, kesempatan telah diambil untuk meraikan dua orang sahabat Penolong PPD Menengah yang telah bertukar jawatan. Mereka ialah En. Nor Ahmad (PPPDM Raub) yang dinaikkan pangkat Sebagai Timbalan PPD Cameroon Highlands dan En. Mohd Sabri (PPPDM Bera) yang kembali bertugas di SMK Paya Lebar. Kepada kedua-dua sahabat ini, semoga dapat bertugas dengan lebih baik di tempat yang baru.

Dalam sibuk-sibuk mengemaskini data Opmen dan eGTukar sempat juga la teman merayap kat Low Yat. Dari Hotel Dynasty jalan kaki ke stesen monorel Titiwangsa dan turun kat stesen Imbi. Hajat hati nak jalan-jalan je...hem nak buat macam mana hati tertarik pula kat android tablet (MyTab) buatan Taiwan. Boleh tahan juga la harganya RM599. Kata jurujual tu 'sebijik' macam Samsung Galaxy Tab cuma tak oleh buat panggilan telefon sahaja.

 Pada 8 Mei yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang di PPD Lipis. Mesyuarat itu telah di pengerusikan oleh En. Rusdi, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua-Ketua Sektor, Ketua Penolong Pengarah, Pegawai Pelajaran Daerah dan Setiausaha Hari Guru Daerah. Untuk mesyuarat tersebut, teman diminta menyediakan persembahan powerpoint bagi memaparkan Cadangan Sambutan Hari Guru yang akan dijalankan di daerah Lipis. Cuti 3 hari (Ahad cuti hari Hol) teman tak dapat ke mana-mana, concentrate menyiapkan powerpoint tersebut je.

Pada 28 Mei yang lalu, teman bersama keluarga telah berkunjung ke rumah mak mertua kakak ipar di Kampung Sungai Balai Darat, Bagan Datoh. Kami telah dijemput untuk meraikan majlis pertunangan anak sedara suami kakak ipar. Yang bestnya tentang kampung ini ialah di hadapan rumah ada anak sungai yang banyak ikan. Bagi anak teman dan sepupu-sepupunya, peluang memancing ini tidak dilepaskan. Banyak juga la ikan yang dia orang dapat.

No comments: