Pages

Thursday, May 31

Tiga hari dua malam yang kalut

Pening...tension...kalut...itulah beberapa perkataan yang boleh saya lontarkan apabila merujuk kepada Mesyuarat Pertukaran dan Penempatan pada 20 hingga 22 Mei yang lalu. Mesyuarat yang diadakan di Plaza Hotel, Kuala Lumpur itu benar-benar mencabar daya tahan mental dan fizikal. Walaupun ini merupakan kali kedua saya terlibat dengan mesyuarat pertukaran dan penempatan guru-guru, namun cabarannya tetap ada. Mesyuarat kali ini, saya terpaksa berhadapan dengan kehilangan 14 orang guru yang mana mereka telah berjaya dalam permohonan pertukaran masing-masing. Dicampur dengan kekosongan sedia ada, jumlah keperluan guru bagi daerah Lipis ialah 19 orang. Alhamdulillah, selepas bertegang leher dengan sahabat-sahabat dari daerah lain, maka dapatlah untuk daerah Lipis seramai 23 orang guru. Dah berlebih 4 orang pula. Malangnya opsyen yang diharap-harapkan tak dapat juga. Lipis kehilangan 2 orang guru Bahasa Inggeris yang tidak dapat diganti. Harap-harap adalah penempatan guru Bahasa Inggeris pada masa hadapan. Kesian kepada pelajar-pelajar SMK Kerambit dan SMK Padang Tengku kerana ketiadaan guru Bahasa Inggeris untuk menggantikan guru mereka yang bertukar. Semoga pihak sekolah dapat bertindak secara bijak bagi mengatasi masalah ini.
Sepanjang mesyuarat ini juga, saya tidak menang tangan terpaksa melayani panggilan telefon daripada guru-guru yang ingin mengetahui status permohonan mereka dan tidak kurang juga yang ingin merayu agar pertukaran mereka diluluskan. Seperti yang saya pernah sebut semasa pertukaran bulan November dahulu, kalau boleh kita hendak menunaikan semua hasrat hati guru-guru tetapi apakan daya sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mendapat guru yang betul opsyennya, maka beberapa permohonan terpaksa ditangguhkan dulu. Harapan saya, guru-guru dapat bersabar dan sanggup meletakkan kepentingan murid-murid melebihi kepentingan peribadi.

 Tuan Haji Tajuddin, KPP Sektor Pengurusan Sekolah dan En. Borhanuddin sedang mengendalikan Mesyuarat Pertukaran dan Penempatan Guru Jun 2012

Semua nampak tension je...malam nie kena pergi karaoke la.

No comments: