Tahniah buat semua Pengetua dan Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah menengah daerah Lipis. Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala GPK pula dari DG44 ke DG48. Pada hari Isnin baru-baru ini, pihak PPD Lipis telah mengadakan majlis khas penyerahan surat penempatan pemangkuan DG48 kepada 31 orang Guru Penolong Kanan di 12 buah sekolah menengah. Untuk membolehkan GPK ini mendapat pemangkuan DG48 ini, mereka mestilah dilantik ke DG44 pada 31 Disember 2010 ke bawah dan markah prestasi 3 tahun terkini tidak kurang daripada 80. Tuan PPD, Haji Misnan bin Haji Mohd Damin mengambil peluang bertemu dengan para GPK ini untuk memberi mereka kata-kata perangsang agar lebih tekun berusaha membantu Pengetua bagi menjayakan sekolah masing-masing. Mereka juga dinasihati menjaga penampilan diri terutama dari segi berpakaian supaya sesuai dengan status sebagai Guru Penolong Kanan.
Anggaplah rezeki yang diperolehi ini hadir bersamanya tanggungjawab yang besar untuk anda semua laksanakan. Lakukanlah dengan sebaik mungkin.
Semoga segala amanat yang disampaikan oleh Tuan PPD selama hampir 1 jam setengah itu sentiasa diingati dan dituruti.
No comments:
Post a Comment