Salam Perak aman jaya...itulah ungkapan salam yang dilontarkan oleh orang Perak ketika memulakan sesuatu ucapan. Tahun ini giliran negeri Perak menjadi tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41. Oleh kerana Lipis akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Guru peringkat negeri pada 16 Jun nanti, maka saya telah dipilih untuk menyertai rombongan daripada Pahang ke majlis sambutan tersebut. Saya bersama Tuan PPD bertolak ke Ipoh dengan menggunakan kenderaan pejabat. Ikut jalan Betau ke Cameroon dan turun ke Simpang Pulai memakan masa lebih kurang 5 jam. Turut serta dalam rombongan ini ialah Pengarah Pelajaran Pahang, Ketua-Ketua Sektor dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Pahang.
Rombongan daripada Pahang seramai 40 orang ditempatkan di Hillcity Hotel, Ipoh. Saya tak pernah menginap di hotel nie. Nasib baiklah Tuan PPD ada bawa GPS kalau tak susah juga nak mencarinya.
Jamuan Makan Malam diadakan di Kediaman Menteri Besar Perak. Untuk mengelak kesesakan lalu lintas kami bertolak seawal jam 7.15 petang. Dari hotel ke rumah MB cuma 10 minit sahaja. Majlis bermula pada jam 8.30 malam. Tunggu sikit tak apalah asalkan tidak perlu bersusah payah mencari parking. (dah bertaraf musafir ni, bolehlah jamak maqrib dan isyak). Tersentuh juga hati saya apabila Dato' Sri Diraja Dr Zamri bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak menceritakan sejarah kehidupan beliau yang sangat bergantung kepada ketekunan dan usaha tanpa jemu guru mengajar beliau sehingga mampu ke menara gading. Siapa sangka anak seorang nelayan yang masa depannya penuh kesamaran tiba-tiba mampu menerajui sebuah negeri. Inilah kuasa Tuhan...tiada siapa mampu menjangkanya.
Hampir 3 ribu juga tetamu yang dijemput untuk Majlis Makan Malam ni. Saya kira berdasarkan jumlah meja. Satu meja ada 10 kerusi, kalau dah ada 300 meja...tak 3 ribu orang. Dah ramai sangat tu, maka sukarlah nak mencari meja yang dikhaskan untuk rombongan daripada Pahang. Kat tengah rupanya dia orang letak. Malam ni saya bertemu dengan sahabat lama Norhisham Abd Shukor, yang sama-sama belajar di UPSI pada tahun 2003 hingga 2006. Selama tempoh belajar tu, kami juga tinggal serumah di Kampung Melayu B, Ulu Bernam (Rumah Haji Bakar - taukey stesen minyak Shell di Ulu Bernam. 3 bulan tak bayar sewa pun dia tak kisah. Bila bayar sekali gus, dia tak kira pun duit tu terus dimasukkan ke dalam laci. Thank u tuan haji)
Dato' Mazlan, Pengarah BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia (mantan Pengarah Pelajaran Pahang) bersalaman dengan para jemputan.
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ini sebenarnya bukan diadakan di Bandaraya Ipoh tetapi di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Oleh kerana agak jauh, pukul 7.30 pagi kami dah mula bertolak dari hotel. Kali ni GPS Tuan PPD tak dapat membantu sebab dewan ni tak ada dalam senarai 'destination'nya. So...kena redah je la.
Simple je bannernya. Lipis esok siap dengan gambar gula kabung lagi.
Rombongan daripada negeri-negeri ditempatkan di kawasan yang ditetapkan. Sekali lagi Pahang diletakkan di tengah-tengah dewan. Susah benor kalau nak keluar ke tandas - kena lalu depan dua tiga baris orang.
Dato' Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran bersalaman dengan para pendidik yang hadir. Malam tadi Datuk Fuad Zakarshi ada hadir, pagi ni tak nampak pula.
Individu penting yang ditunggu-tunggu, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Teringin nak bersalam dengan TPM, tapi kedudukan saya yang agak terkebelakang sukar untuk berbuat demikian.Saya ingatkan adalah berita baik untuk pegawai-pegawai yang bertugas di PPD. Tak ada weh...sabor je la. Akhir sekali...tahniah kepada negeri Perak di atas penganjuran Sambutan Hari Guru Kali Ke-41 yang berjaya. Sikit-sikit mistake tu biasa la.
No comments:
Post a Comment