Pages

Saturday, May 19

Sehari Bersama Penerima KWAPM

Hari ini (19 Mei 2012) bertempat di SK Betau telah berlangsung Program Satu Hari Bersama Penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Program ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir dalam program ini ialah Dato' Wan Rosdy bin Wan Ismail, ADUN Jelai, En. Yahya Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang dan En. Isa, Pengarah JAKOA Pahang. Program ini melibatkan penerima KWAPM dari 6 buah sekolah orang asli iaitu SK Betau sendiri, SK Titom, SK Lenjang, SK Senderut, SK Lanai dan SK Kuala Koyan. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.

 Ketibaan Dato' Dr Rosli disambut oleh Pegawai-Pegawai JPN Pahang, Pegawai-Pegawai PPD Lipis, Guru Besar-Guru Besar sekolah orang asli, guru-guru dan masyarakat orang asli di sekitar Kampung Betau.

 Beberapa orang guru SK Betau bersedia dengan anyaman kepala dan selendang untuk dipakaikan kepada tetamu kehormat yang datang.

Tarian Sewang dipersembahkan oleh murid-murid SK Betau sebagai mengalu-ngalukan kedatangan Dato' Dr Rosli dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Semua tetamu kehormat berada di atas pentas bagi melaksanakan Program Sehari Bersama Penerima KWAPM

 Dato' Dr Rosli sedang menyampaikan bantuan KWAPM kepada penerima-penerima yang layak.

Penyerahan mock-up cek bantuan KWAPM kepada Guru Besar sekolah-sekolah orang asli.

Ibu bapa murid-murid yang menerima bantuan KWAPM bergambar beramai-ramai dengan tetamu kehormat yang hadir pada petang ini.

Majlis diakhiri dengan minum petang di dewan makan asrama SK Betau.

No comments: