Bermula dari 3 hingga 5 April 2012, Sektor Pengurusan Sekolah dan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan sesi pemantauan di Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP). Pada 3 April pemantauan telah diadakan di SISP SMK Seri Bentong (emm...teman tak dapat ikut serta kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Jawatan Pengelola Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2012 yang mana teman adalah setiausahanya). Pada 4 April pemantauan diteruskan di SISP SMK Clifford. Alhamdulillah, feedback yang diperolehi daripada pemantau menunjukkan bahawa SISP Lipis berada on the right track. Semoga dengan tenaga pengajar yang berwibawa dan berkomitmen tinggi, pencapaian SISP Lipis dalam peperiksaan UPSR 2012 akan lebih baik berbanding keputusan sebelum ini.
Tuan Haji Tajuddin, KPP Sektor Pengurusan Sekolah sedang membuat rumusan terhadap dapatan pemantauan.
Sebahagian daripada tenaga pengajar SISP SMK Clifford yang hadir pada sesi pelaporan hasil pemantauan. Pn. Zarina (Penolong Kanan Rendah)...hope you can do something.
Turut serta dalam pemantauan tersebut ialah Penolong PPD (Menengah) dari Bentong (Tn. Haji Amirullah), Pekan (En. Kamaruzaman) dan Raub (En. Nor Ahmad)
Selesai je pemantauan di SISP SMK Clifford, teman terus bergegas ke Pekan kerana esok (5 April) akan diadakan pemantauan di SISP SMK Seri Pekan pula. Sampai di Pekan tepat pukul 7.30 petang. Hari sudah semakin gelap, nak tak nak kena la cari tempat penginapan dengan segera. Alhamdulillah, teringat sebuah hotel yang pernah teman menginap pada tahun 2009 dahulu iaitu Inderapura Lake Resort. Waktu tu teman menggantikan En. Rahmin (mantan PPPDM Lipis) untuk Mesyuarat Tingkatan 6 bersama pegawai daripada Kementerian Pelajaran.
Nasib baiklah masih ada bilik yang kosong. Kalau tidak kacau juga, mana nak cari hotel malam-malam nie. Dengan rate RM114 tu kira ok la. Bilik pun bersih.
Pemantauan di SMK Seri Pekan bermula dari pukul 9.00 pagi hinggalah pukul 12.30 tengah hari. Sesi pelaporan bermula pukul 2.15 dan berakhir sekitar pukul 4.15 petang. Di SMK Seri Pekan, En. Wan Abdul Hamid, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah sendiri yang hadir. Banyak idea bernas yang beliau lontarkan. Seandainya idea-idea beliau itu diimplimentasikan oleh guru-guru, insyaAllah...kejayaan besar pasti muncul di SISP SMK Seri Pekan ini.
No comments:
Post a Comment