Pages

Wednesday, March 28

Change

Pinggang masih terasa sakit lagi ni. Maklumlah hampir 6 jam terpaksa drive dari Kuala Terengganu hingga ke Lipis. Ikut Jalan Machang - Pasir Putih jauh juga tu. Di Terengganu saya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Penempatan dan Pertukaran Zon Timur yang diadakan di Hotel Permai Inn. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk memberi pendedahan kepada semua Penolong PPD Pengurusan Sekolah (Menengah) dan Penyelia Kanan Sekolah Rendah tentang perubahan-perubahan yang telah dibuat terhadap e-Operasi. Tujuan perubahan ini ialah untuk menjadikan e-Operasi sebagai Sistem Maklumat Guru dan bukan sekadar perisian on-line untuk pertukaran sahaja. Jika selama ini, data guru sangat bergantung kepada Opmen (Operasi Menengah) dan DOSR (Data Operasi Sekolah Rendah), maka selepas pemantapan e-Operasi ini kedua-dua sistem ini tidak akan digunakan lagi. Dengan hanya menggunakan satu sistem pengoperasian tunggal diharapkan data berkaitan guru akan lebih tepat dan lebih mudah diperolehi. Kelebihan e-Operasi ialah, guru itu sendiri boleh memeriksa data mereka menerusi laman sesawang e-Operasi dan jika terdapat kesilapan atau perlu penambahan data, mereka hanya perlu memaklumkan kepada GPK Pentadbiran sekolah masing-masing sahaja. Tanggungjawab GPK Pentadbiranlah untuk membuat pembetulan dan pengemaskinian data. Data yang telah dikemaskini oleh GPK itu akan disahkan pula oleh Pengetua dan Guru Besar. Berbanding sistem lama yang pengoperasiannya secara off line, guru tidak boleh menyemak data mereka sebaliknya tugas tersebut dilakukan oleh Guru Data Opmen. Manakala DOSR pula hanya dikemaskini oleh Penyelia Kanan Sekolah Rendah sendiri. Ini menyebabkan terdapat data yang silap dan tidak dikemaskini dengan betul. Semoga dengan tumpuan hanya diberi kepada e-Operasi sahaja, diharapkan data guru-guru lebih tepat dan lebih tinggi tahap keesahannya.

En. Aidil Jantan, KPP Sektor Pengurusan Sekolah Menengah, BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia hadir bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh para peserta dan seterusnya merasmikan penutupan mesyuarat.

Sempat gak teman merayau-rayau kat Pasar Payang. Orang umah kirim beli keropok lekor Bukit Tok Beng. Emm..jenuh kena berbaris nie.

No comments: