Pages

Wednesday, March 7

Shaziman di Jerangsang

Awal pagi tadi saya mendapat masage daripada Guru Besar SK Tanjung Besar, Encik Manaf Mat mengatakan terdapat kejadian tanah runtuh dan banjir di kawasan tersebut dan ada murid sekolah beliau terlibat. Selepas terima masage itu, saya terus telefon SK Tanjung Besar untuk mengetahui kedudukan sebenarnya. Saya dimaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh itu berlaku berhampiran Kampung Jerangsang. Seramai 4 orang pelajar tidak dapat datang ke sekolah dan peralatan pembelajaran seperti buku dan alatulis semua rosak ditenggelami air bah. Saya kemudiannya meminta GPK1 sekolah tersebut membuat kunjungan simpati ke rumah-rumah pelajar terbabit. Tidak lama selepas itu, saya mendapat call daripada SK Tanjung Besar mengatakan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor akan datang untuk melihat kejadian tersebut dan helikopternya akan landing di padang SK Tanjung Besar. Mendengar berita tersebut saya dan En. Zakaria Samah, Penolong PPD Rendah segeralah bergegas ke sekolah tersebut. Selepas menunggu hampir 1 jam setengah akhirnya helikopter yang membawa Datuk Seri Shaziman pun sampai.

Datuk Seri Shaziman sedang memerhati runtuhan tersebut.

Seperti biasalah, ke mana sahaja Pak Menteri hadir...pasti ada wartawan-wartawan yang ingin mendapatkan berita.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah diminta mewakili PPD ke majlis penyampaian bantuan bag sekolah dan pakaian seragam bagi sekolah-sekolah DUN Benta. Tetamu VIP yang dijemput bagi menyempurnakan majlis ini ialah YB Dato' Ir Mohd Soffi, ADUN Benta. Terima kasih dan tahniah kepada Tuan Haji Syed Mohamad, Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad di atas penganjuran majlis yang berjalan lancar.

Semalam ( 6 Mac ) saya menghadiri Mesyuarat MPSM Cawangan Lipis yang diadakan di bilik mesyuarat SMK Benta. Banyak juga perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini. Sebagai wakil PPD, teman telah diminta menyampaikan ucapan pembukaan. Antara perkara yang saya sentuh dalam ucapan teman ialah Peperiksaan STPM Baharu, Kedudukan Guru bagi semua sekolah, guru-guru bermasalah dan pemilihan Lipis sebagai tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri. Teman juga memuji semangat ukhwah yang ditunjukkan oleh semua Pengetua. Mereka dapat bekerjasama dengan baik bagi memastikan pendidikan menengah di daerah Lipis meningkat maju. Bagi sekolah yang kurang berjaya akan cuba belajar daripada sekolah yang berjaya. Bagi sekolah yang berjaya pula tidak lokek ilmu dalam membantu sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik ini.

No comments: