Pada 29 Februari hingga 2 Mac 2012, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Tanjung Gemok Rompin telah berlangsung Taklimat Pendedahan Sistem Penilaian dan Pentaksiran Modular STPM. Taklimat yang dihadiri oleh semua GPK Tingkatan 6 sekolah-sekolah menengah negeri Pahang ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan peperiksaan STPM Baharu. Peperiksaan STPM yang ada sekarang akan diubah kepada sistem PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) di mana selain peperiksaan bertulis, pelajar-pelajar akan diminta menyediakan kerja kursus. Tiga bentuk kerja kursus yang perlu disediakan oleh pelajar ialah Kerja Projek, Kajian Latar dan Kerja Amali. Semoga dengan perubahan sistem penilaian ini akan lebih memberi ruang kepada para pelajar untuk mempertingkatkan pencapaian masing-masing.
Kat Tanjung Gemok nie rupanya ada pasar malam pada hari Khamis. Banyak juga barangan dan makanan yang dijual di sini. Hem...durian pun ada tu.
Dalam sibuk-sibuk mendengar taklimat tu, sempat juga la kita orang berkunjung ke Mersing. Setengah jam juga la perjalanan dari Tanjung Gemok ke sini. First time saya menjejak kaki ke bandar Mersing. Lepas pusing-pusing bandar, pergi la pekena milo ais kosong dan keropok lekor kat tepi pantai.
My tears fall in the Asysyakirin Mosque
Dalam perjalanan pulang dari Rompin, saya singgah untuk sembahyang Jumaat di masjid Asysyakirin, Maran. Entah mengapa...? Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib betul-betul menyentuh perasaan saya. Jarang sekali emosi saya terseret tahkala mendengar khutbah Jumaat disampaikan. Namun kali ini...tahkala saat-saat akhir hayat nabi Muhammad SAW digambarkan dari mimbar masjid, airmata sukar ditahan lagi. Tuan khatib sendiri beberapa kali tersekat bacaannya lantaran terlalu sebak. Selawat dan salam buat nabi junjungan kita, Muhamad SAW.
No comments:
Post a Comment