Pages

Tuesday, October 15

Aidil Adha kali ini...

Teman tak berapa ingat bila last time teman balik ke kampung untuk menyambut hari raya Aidil Adha. Biasanya teman meraikan hari raya korban ini di Kuala Lipis. Entah kenapa, kali ini terasa ingin pulang menjenguk orang tua di kampung, biarpun teman baru sahaja pulang pada hari raya Aidil Fitri yang lalu.

Kematian tiba-tiba Tuan Haji Othman (Ketua Pembantu Tadbir PPD Lipis) dan pemergiaan untuk selamanya beberapa orang sahabat di JPN dan PPD memberi sedikit emotional impression kepada teman. The same thing can happen to anyone, termasuk diri teman. Oleh itu, setiap kesempatan yang ada, ingin teman luangkan bersama insan-insan yang rapat dengan teman.

Bila balik ke kampung teman nie, perkara yang best dilakukan bersama keluarga ialah memancing. Petang pertama dan kedua berada di kampung tak dapat nak memancing kerana hujan turun. Alhamdulillah, petang ketiga, hujan tidak turun walaupun langit agak mendung. Kesempatan itu kami gunakan untuk memancing di taliair bersebelahan dengan sawah padi. Nampaknya ikan puyu sahaja yang dapat.

Terkezut jugalah orang rumah teman bila dapat ikan keli. Gelilah pulok nak tanggalkan mata kail dari mulut ikan tu. Teman pun kena careful juga bila berurusan dengan ikan keli nie. Sekali kena sengatnya, mau tak tidur malam sakitnye. Pengalaman mencari ikan waktu kecil dulu banyak mengajar teman tentang ikan spesis nie.

Emak bersama kakak dan adik ipar teman sedang membalut ketupat palas. Looks like easy tetapi kalau tersalah balut, air masuk waktu merebus nanti, alamat lembiklah ketupat tu. Makan ketupat dengan kari daging, peh! sedapnye weh.

Emm...ini le anak-anak zaman moden. Asyik dengan laptop je pagi dan petang. Musim hujan nie, molek juga le dia orang memerap kat dalam rumah. Kalau tak, puas pulalah nak kena basuh baju. Hujan-hujan nie susah nak kering.

Balik dari bercuti Hari Raya Aidil Adha, teman terpaksalah pulun untuk siapkan beberapa perkara berkaitan penempatan murid ke Tingkatan 1 serta persediaan untuk menghadapi mesyuarat pertukaran guru yang akan berlangsung pada penghujung Oktober ini. Pada masa yang sama terpaksa juga hadir majlis-majlis tertentu bagi mewakili Tuan PPD. 

Pada hari Jumaat 18 Oktober, teman mewakili Tuan PPD ke program yang dianjurkan Oleh Majlis Daerah Lipis iaitu Program Penyerahan Rumah Bantuan di Kampung Beletik, Padang Tengku dan Program Pecah Tanah bagi pembinaan hentian RNR di sebelah stesen minyak Petronas Kechau.

Pada hari Sabtu, 19 Oktober pula, teman terpaksa berada di Pusat Matrikulasi Gambang, Kuantan untuk Program keibubapaan (Sarana Ibu Bapa). Setiap PPD dikehendaki menghantar 3 orang wakil iaitu Tuan PPD, Kaunselor Organisasi dan Pegawai Meja Sarana. Hai...hari Sabtu nie memang le berat rasenya nak outstation tetapi apa boleh buat SYMP, kena le pergi juga 

Sunday, October 6

Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Beberapa minggu yang sibuk. Lebih banyak outstation daripada duduk di office. So...kesempatan yang ada at the end of last week, teman bawalah anak-anak ke Pusat Peranginan Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.

Harap-harap dapat la release tension sikit. Maklumlah musim guru-guru mohon bertukar nie, dia orang call dah tak kira waktu pejabat. Tak jawab takut ada perkara mustahak pula.

Best juga kat Colmar Tropicale nie. Bertemakan 'A French Theme Resort', Colmar Tropical merupakan tempat bagi mereka yang gemarkan suasana tenang, kehijauan dan suasana yang menarik. Actually, teman suka tempat yang ada restoran moden, bersih dan teratur. Mahal sedikit tak apa, asalkan service bagus.

Dalam kolam kat belakang teman nie, ada dua ekor angsa. Kalau bergambar pastikan tangan di hadapan. Takut-takut nanti digigit oleh haiwan yang menjadi trade mark pensel colour nie.

Atas sikit daripada Colmar Tropicale terdapat Japanese Village. Boleh bawa kereta sendiri atau naik bas (sebenarnya lori yang diubahsuai).

Ikan koi kat sini besar-besar belaka. Kat rumah teman asyik mati sahaja. Ikan nie sensitif sangat. Air kotor tak boleh, motor penapis air rosak pun tak boleh. Sekarang nie, teman pelihara ikan puyu pula. Tak tukar air dua bulan pun tak apa.

Muka letih...emm, nak sampai ke Japanese Village nie kena mendaki lebih kurang 300 meter. Bagi yang tak biasa exercise macam teman nie, memang semput la. Kat atas tu ada souvenir shop yang menjual cenderamata beridentitikan Jepun. Price is quite expensive. Mungkin sebab import kot.

Turun dari Japanese Village, kami singgah di Animal Farm Bukit Tinggi. Anak bongsu teman nie nak bermain dengan rabbit pula.

Selain rabbit, kat sini juga ada rusa bintik (chital deer). Nampak macam jinak je. Tapi kena careful juga, takut-takut nanti terkena tanduk yang tajam tu.

Sunday, September 29

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Lipis

Pada 25 hingga 27 September bertempat di Hotel Plaza Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Pendidikan Daerah Lipis. Alhamdulillah semua Pengetua dan Guru Besar hadir kecuali beberapa orang Guru Besar yang terpaksa menghadiri mesyuarat lain yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang. Mereka, walau bagaimanapun telah diganti oleh GPK Pentadbiran masing-masing.

Tuan Timbalan PPD, En. Rosli Mubin sedang menyampaikan taklimat beliau berkaitan kepimpinan dan hala tuju PPD Lipis.

Puan Zarina Manja, Unit Kualiti menyampaikan taklimat berkaitan Fail Meja, Minit Curai dan Proses Penyediaan PK03 Pemantauan

Haji Misnan, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis sedang menyampaikan cenderamata kepada En. Wan Tarmizi, Penolong Pengarah (Data) Unit Pengurusan Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Pahang. Terima kasih Che Wan kerana sudi menyampaikan taklimat berkaitan eOperasi.

Pada 22 hingga 24 September yang lalu, teman dan Timbalan PPD, En. Rosli Mubin menghadiri Bengkel Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Penilaian Bersepadu ini akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mulai tahun 2015 nanti. Balik daripada taklimat ini, kome dikehendaki memberi taklimat pula kepada Pengetua, Guru Besar dan GPK Pentadbiran di daerah Lipis. Emm...berat juga tanggungjawab tu.

Sebenarnya sebelum menghadiri bengkel di Grand Continental tu, teman telah menghadiri mesyuarat eOperasi di hotel bersebelahan iaitu Tanjung Vista Hotel pada 18 hingga 20 September. Dua minggu berturut-turutlah teman ke Kuala Terengganu.

Turut bermesyuarat bersama teman di Tanjung Vista Hotel ialah Penolong PPD Rendah iaitu En. Zakaria Samah. Banyak jugalah ilmu baru yang kami dapat berkaitan eOperasi. Harap-harap lepas nie dapatlah kami mengatasi masalah-masalah teknikal yang timbul semasa guru-guru membuat pengemaskinian data nanti.

Sunday, September 15

Hanya tinggal kenangan...

Hari nie, teman menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Lipis yang diadakan di Dewan SK Penjom. Ramai juga jemputan yang hadir. Antara ketua-ketua jabatan yang teman nampak selain Dato' DO ialah Tuan Ketua Polis, Pegawai Pemerintah 8 RAMD dan Pengetua MRSM.

Majlis sambutan dirasmikan oleh YB Dato Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis.

Semalam, teman bersama keluarga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan bos teman di Kampung Sungai Tua, Batu Caves. Pening juga teman nak cari rumah pengantin nie, berputar-putar jalannya. Papago pun naik keliru, last-last hanging gitu je. Nasib baik ada clue bunga manggar, boleh la teman follow perlahan-lahan.

Sebelum ke rumah bos, shopping dulu kat Brem Mall Kepong. Tengah bulan nie, so tak bolehlah nak shopping beriya.

Singgah di Wangsa Walk. Layan anak bongsu teman menikmati makanan kegemarannya di Octopus Sushi Restorant.

Hanya tinggal kenangan... Tuan Haji Othman bin Abu Hassan (tiga dari kanan), Ketua Pembantu Tadbir Pejabat Pendidikan Daerah Lipis telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis yang lalu sekitar jam 9.40 pagi. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika melaksanakan tugas pemantauan di SJK (Tamil) Ladang Budu. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Saravanan (Guru Besar), En. Azman (Pemandu PPD) dan Pengawal Keselamatan SJKT Ladang Budu di atas pertolongan saat-saat akhir hayat Tuan Haji Othman. Terima kasih juga kepada saudara Anwar bin Ismail, GPK Kokurikulum SK Kechau Tui kerana membantu membawa isteri arwah ke Pusat Kesihatan Benta.

Pada 11 September 2013 (Rabu) telah berlangsung Mesyuarat Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Kebangsaan Clifford.

Mesyuarat telah dipengerusi oleh YB Dato' Ir Mohd Soffi bin Tan Sri Razak, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. YH Encik Rosdi Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat bertujuan untuk menetapkan tarikh sambutan dan melantik Jawatankuasa Kerja. Sambutan dijangka akan diadakan pada bulan Disember ini iaitu selepas selesai peperiksaan SPM. Namun seandainya keadaan tidak mengizinkan, tarikh tersebut akan ditunda pada bulan Februari tahun hadapan.

YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis juga dijemput hadir bagi menyumbang buah fikiran. Majlis yang melibatkan Ke Bawah Duli Tuanku nie perlu banyak pandangan agar majlis dapat dilangsungkan dengan lancar dan tertib mengikut protokol yang telah ditetapkan.

Selepas tamat mesyuarat, Tuan Pengarah ingin membuat lawatan mengejut ke SMK Padang Tengku. Ini merupakan lawatan pertama beliau sebagai Pengarah ke sekolah di daerah Lipis. Pemilihan sekolah ini mungkin disebabkan SMK Padang Tengku merupakan sekolah pertama beliau bertugas selepas menamatkan pengajian di universiti. Agaknya Tuan Pengarah ingin mengimbau kenangan sewaktu beliau mula-mula bergelar guru dahulu kut. Terima kasih kepada pengusaha kantin SMKPT kerana dalam masa tak sampai 20 minit dapat menyiapkan juadah makan tengah hari untuk Pengarah.

Sunday, September 8

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Lipis 2013

Jamuan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Lipis diadakan pada 6 September yang lalu. Majlis bermula dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir. Selain warga pendidikan, pegawai-pegawai dari jabatan lain juga turut hadir. Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Jurutera Daerah, Pensyarah IPGM Kuala Lipis. Bos teman, En. Nor Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah juga hadir. Terima kasih tuan kerana bersusah payah turun ke Lipis.

Tuan PPD sedang melayan ADUN Padang Tengku, Dato' Mustafa Long, Pengarah Kolej Komuniti dan Pengetua MRSM Kuala Lipis. Tuan PPD agak lewat sampai kerana terpaksa menghadiri taklimat PPPM di PWTC, so...tak sempatlah tuan PPD nak berjumpa dengan Dato' Wan Rusdy, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Terima kasih kepada semua petugas. Kerjasama erat antara staf PPD, Persatuan Pembantu Tadbir (KEPTAN), Persatuan Pembantu Makmal dan Persatuan Penyelia Asrama telah membantu melancarkan perjalanan majlis.

Alhamdulillah, kebanyakan menu yang disediakan habis. Tidak ada pembaziran. Terima kasih kepada semua sekolah dan persatuan yang telah menyumbang juadah-juadah ini.

Kuih kocok antara menu yang habis awal. Walaupun setiap minggu boleh beli kat pekan sehari, namun ramai yang suka dengan kuih nie. Itu sebablah habis cepat.

Apam balik panas memang menyelerakan. Teman nampak ramai juga yang tapau bawa balik rumah. Sedap agaknya apam balik abang nie.

Roti bom nie macam tahun lepas juga. Paling last habis. Bukan tak sedap tapi proses memasaknya yang agak lambat. Ramai yang sanggup menunggu Pak Long kita nie menebar roti bom.

Nie Puspanita ke pasukan marhaban? Serius gayanya tu.

Tiga jejaka idaman Malaya, Firdaus (Pegawai PPDa), Azlan (Penyelia Sukan) dan Nizam (Penyelia HEM). Deme nie menyanyi ke mengacara majlis, Nizam?

Tuan PPD sedang mengedarkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang. Nilainya bukan penting dek, yang penting keikhlasan.

Anak-anak kecil, mak dan ayah kena berbaris sekali. Anak teman, Imran dua kali berbaris. Emm...dua kalilah dia dapat duit raya. Bukan teman yang suruh ya.

Selaku Urusetia Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Daerah Lipis 2013, Teman ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini. Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua penyumbang menu serta petugas-petugas yang bertungkus-lumus bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerjasama yang terpamer ini mampu kita kekalkan dalam apa sahaja program yang dilaksanakan oleh PPD Lipis. Walaupun kita berada di tempat bertugas yang berbeza, namun kita adalah satu organisasi.

Thursday, September 5

Pecutan Akhir UPSR

Pagi tadi teman bersama dengan Tuan Timbalan PPD menghadiri Program Ziarah Marhabah Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Lipis bersama pelajar-pelajar Sekolah Indera Shahbandar Pahang SMK Clifford. 

Tuan Timbalan PPD menyampaikan cenderamata daripada Unit Menengah, Jabatan Pelajaran Pahang kepada pelajar-pelajar SISP yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.

Persiapan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Warga Pendidikan Daerah Lipis yang akan diadakan pada petang esok (6 September 2013).

Hai, payoh pula nak pasang khemah nie. Emm...tu la kalau tak rajin buat keje-keje macam nie.

Taklimat Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) secara online yang diadakan di Makmal Komputer SMK Setiawangsa.

Pada hari Isnin baru-baru nie, teman ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan untuk menerima guru baharu. Seramai 21 orang guru akan posting di negeri Pahang. Daripada 21 itu hanya seorang sahaja guru lelaki. Emm...nampaknya kaum lelaki dah menjadi spesis yang akan pupus dalam bidang pendidikan ini. Daerah Lipis mendapat seorang guru opsyen sains yang teman tempatkan di SMK Benta. Harap-harap dia bolehlah tolong cover cikgu biologi yang bertukar ke Raub baru-baru nie.

Majlis penerimaan guru baharu ini turut dihadiri oleh Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Tuan Ketua Penolong Pengarah.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga Sri Tempoyang - Permai

Terima kasih kepada Dato' Haji Abd Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis kerana sudi hadir dan seterusnya meluluskan sedikit peruntukan untuk program KRT.