Pages

Friday, August 30

Merdeka Raya



Hari ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56. Semoga keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini akan terus berkekalan.

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Lipis diadakan di Dewan IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Kome kena berbaris weh. Apa kena pulok dengan abang long teman nie? Tiba-tiba je nak duduk depan sorang-sorang.

Pagi semalam teman agak free sikit. Tak banyak kerja nak diselesaikan. Dapatlah teman berkunjung ke sekolah-sekolah yang mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sebelum nie, banyak sekolah yang menjemput teman tetapi kesibukan di pejabat menyebabkan teman tak dapat memenuhi jemputan mereka itu.

Sekolah pertama yang teman pergi ialah SK Kechor Tui. Turut bersama teman ialah En. Rosli Mubin, Timbalan PPD dan En. Rosli Nabor, Pengelola Cemerlang Peperiksaan. Guru Besar, En. Mustafa Kamal dua tiga kali menelefon teman mengajak ke sekolahnya. Bimbang sangat dia kalau-kalau teman terlupa.

Balik dari SK Kechor Tui, kome singgah di SMK Orang Kaya Haji. Emm...meriah betul sambutan hari raya kat sekolah nie. Siap boleh karaoke lagi, tapi lagu-lagu raya la.

Haji Misnan, Pegawai Pendidikan Daerah sedang berbual dengan Tuan Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Daerah. Tuan PPD baru balik dari spital, kena check BP hari-hari sebab darah tak nak turun. Biasalah tuan, musim perayaan nie...banyak sangat makan lemang dan rendang.

Hai...sedap tu daging kambing panggang. Jodoh pula dengan sos lada hitam. Fuh! maleh cakap le. Tapi bagi pengamal Amlodipine atau Antinolol tengok je ye. Nak jamah sikit tu boleh la. Jangan beriya sangat, nanti ada yang kena usung ke spital pulak.

No comments: