Pages

Monday, August 19

eDaftar Menengah

Perhatian kepada semua guru kelas Tahun Enam sekolah-sekolah rendah daerah Lipis. eDaftar Menengah dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) telah dibuka mulai 1 Ogos yang lalu. Oleh itu, tuan/puan diminta mengisi eDaftar Menengah tersebut. Saya telah mengedarkan surat pemakluman serta cadangan penempatan Tingkatan 1 bagi tahun 2014. Diharapkan tuan/puan mengguna pakai cadangan itu. Namun seandainya pihak tuan/puan ada cadangan lain, sila hubungi saya untuk perbincangan. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengisi eDaftar Menengah.


Langkah 1


Layari laman web Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) di alamat http://www.sekolahmalaysia.com/
Login dengan menggunakan nombor kad pengenalan guru kelas Tahun 6 sebagai ID Pengguna dan perkataan 'guru' sebagai kata laluan.


Langkah 2


Klik menu eDaftar Menengah. Senarai nama murid akan dipaparkan. Pada setiap hujung nama akan terdapat hyperlink 'kemaskini permohonan'. Klik menu hyperlink tersebut.


Langkah 3


Sila isi semua data yang yang diminta. Setelah siap jangan lupa klik butang 'kemaskini'.

Sila muat turun cadangan penempatan murid ke Tingkatan Satu 2014 pada ruangan Download Materials and Forms di sebelah kanan paparan ini.

Jika ada apa-apa masalah sila call saya.

No comments: