Pages

Monday, August 26

After Raya

Kelab Staff PPD Lipis telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat baru-baru nie. Majlis sederhana tetapi meriah itu dihadiri oleh semua pegawai dan kaki tangan sokongan PPD Lipis.

Kesempatan majlis sambutan hari raya ini juga diambil bagi meraikan hari lahir pegawai dan staff sokongan yang kebetulan jatuh pada bulan Julai dan Ogos.

Acara memotong kek hari lahir.

Pagi Isnin 19 Ogos, teman telah diminta oleh Tuan PPD untuk menggantikan beliau ke majlis Pelancaran Program Kibarkan Jalur Gemilang peringkat daerah Lipis yang diadakan di Dataran Lipis.

Sebahagian warga pendidikan yang turut dijemput bagi memeriahkan program ini. Yang bersongkok tu ialah Haji Ahmad Pahmin, bekas Guru Besar teman semasa mengajar di SK Penjom dahulu. Sekarang beliau sudah bersara.

Tuan DO bersedia untuk mengibarkan bendera bagi melepaskan konvoi bermotosikal serta konvoi kereta Proton Persona yang akan mengelilingi bandar Kuala Lipis sebelum berkumpul semula di bandar baru.

Cuti hujung minggu baru-baru nie, teman dan keluarga mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Teman minta maaflah kepada sekolah-sekolah yang telah menjemput teman ke majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad baru-baru nie.

On the way ke Shah Alam singgah pekena satey Haji Samuri di RNR Awan Besar kat Highway Kesas.

Malam lsnin baru-baru nie, teman telah menghadiri jamuan hari raya serta majlis doa selamat bagi mengiringi pemergian Wan Abdul Hamid Wan Mohamad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah ke Tanah Suci Mekah. 

Majlis diadakan di Restoran New Horizon Garden, Kuantan. Bagi yang kenal saudara Wahiduddin, guru muzik kat Lepeh suatu ketika dahulu, inilah restoran yang dia merupakan salah seorang shareholdernya.

Keesokan harinya, semua Penolong PPD Menengah terlibat dengan Mesyuarat Data Guru di PPD Kuantan. Mesyuarat yang bermula jam 8.30 pagi itu berakhir sekitar jam 4.30 petang. Lepas meeting, teman terus balik Lipis.

No comments: