Pages

Tuesday, August 6

Beraya di kampung 1

Alhamdulillah, selepas mengharungi 10 jam perjalanan akhirnya teman dan keluarga sampai di kampung. Petang semalam teman minta kebenaran bos untuk pulang awal sedikit. Sekitar jam 5.30 petang kami bertolak balik ke kampung Kedah. Perjalanan agak lancar walaupun kenderaan banyak di atas jalan. Teman tengok kat perhentian RnR pun nampak ok, parking mudah dan kedai-kedai makan agak lengang. Ini mungkin disebabkan cuti raya tahun ini bersekali dengan cuti sekolah. Barangkali ada yang mengambil keputusan pulang awal untuk mengelakkan jem.

Pagi tadi teman bersama orang rumah ke pasar Jitra untuk membeli keperluan memasak hari raya. Walau pun hari raya kemungkinan besar hari Khamis, tetapi molek jugalah jika beli lebih awal, tak perlulah nak berebut-rebut esok. Pagi nie pun orang dah mula berpusu-pusu membeli daging. Di Kedah, daging dimasak kari untuk dimakan bersama ketupat palas. Kome beli jugalah 2 kilo. Harga daging rasa-rasanya standard di mana-mana pun iaitu RM24 sekilo.

Cuma teman rasa harga ayam kat sini lebih murah jika dibandingkan dengan harga kat Kuala Lipis. Kat sini harga sekilo ayam cuma RM7.50 je tetapi kat Lipis RM9.00.Dalam mod raya nie orang barangkali tak peduli sangat dengan perbezaan harga yang tak berapa ketara nie yang penting persediaan hari raya berjalan lancar.

Petang tadi sementara menanti waktu berbuka, sempat jugalah kome meninjau-ninjau gerai-gerai di sekitar pasaraya Yawata di Bandar Darulaman. Emm...ramai betul orang bershoping. Teman ingat nak control perbelanjaan, namun bila dah berada di tempat seperti ini, nak jugalah membeli barang sepasang baju baru. Balik Lipis nanti kena ikat perutlah gayenya nie.

Hai, ada lagi motor Suzuki RC lama teman nie. Motor nie teman pakai waktu teman mula-mula menjadi guru dahulu iaitu sekitar tahun 1990 hingga 1995. Inilah pengangkutan yang teman gunakan untuk berulang-alik dari rumah sewa teman di Kampung Batu 6 Penjom ke bandar Kuala Lipis. Dalam sehari tu, kadang-kadang dua kali teman keluar ke bandar. Maklumlah masih bujang, bosan duduk seorang kat rumah. Bila mendirikan rumah tangga, teman belilah sebuah kereta Nissan Sunny 2nd hand. Motor nie teman eksport ke kampung untuk digunakan oleh ayah teman. Bila tengok motor nie, teringatlah zaman muda-muda dulu.

No comments: