Pages

Sunday, September 2

Bertamu ke Lipat Kajang

Pada 1 September 2012 baru-baru ini, saya dan keluarga telah menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya Hasly Khairol dengan pasangannya Azalina binti Haji Yahya di Kampung Lipat Kajang, Jasin Melaka. Kesempatan cuti Sambutan Kemerdekaan 31 Ogos membolehkan kami pergi awal sehari ke Melaka. Rombongan dari Kedah juga tiba awal sehari tetapi mereka tidak terus ke Jasin sebaliknya ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu rumah ibu bapa abang ipar saya Rosly (ayah kepada Khairol). Mereka bertolak pukul 8.00 pagi dari Kuala Pilah keesokannya dan sampai sekitar pukul 10.00 pagi di rumah pengantin perempuan. Majlis akad nikah bermula sekitar jam 10.30 pagi dan diteruskan dengan majlis persandingan pada jam 12.30 tengah hari. Selesai majlis persandingan, saya dan keluarga mohon untuk pulang ke Lipis.

Tahniah kepada Khairol dan Azalina kerana telah disatukan sebagai suami isteri. Semoga perkahwinan kalian berdua kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Sebahagian saudara mara dari Kedah yang turut hadir di majlis perkahwinan tersebut. Tiga orang yang memakai tudung coklat itu adalah kakak-kakak saya, Rohimin, Noor Khalbi dan Hasharoh.

Di Jasin kami menginap di sebuah homestay kepunyaan En. Azman bin Md Safiee.
Homestay ini merupakan rumah kedai 3 bilik yang terletak di Taman Asia Selatan Jasin. Dengan kadar sewaannya RM100 semalam, saya rasa sangat berpatutan dengan keluasan dan kemudahan yang ada. Bagi yang ingin melihat homestay ini boleh klik pada url di bawah.

Selepas check in di homestay sekitar jam 2.30 petang, kami terus ke Zoo Melaka. Maklumlah dah lama tidak pergi. Kali terakhir kami ke Zoo Melaka ialah pada tahun 2007. Emm...dah hampir 5 tahun, mungkin banyak perubahan yang berlaku.

Nampaknya tak banyak sangat perubahan yang berlaku...cuma sekarang ini gerai souvenirs di hadapan zoo sedang diperbaharui. Dua tiga haiwan nampaknya sudah hilang pasangan. Mungkin sudah tua ataupun dah mati. Elok juga jika pihak zoo menambah bilangan haiwan di Zoo Melaka bagi menarik lebih ramai pelancong.

Selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nie banyak restoran atau gerai makanan belum dibuka sepenuhnya. Susah juga nak cari tempat untuk bersarapan pagi. Kalau nak diikutkan di bawah homestay kami tu ada tak kurang 3 buah restoran tapi satu pun tak buka. Alhamdulillah, selepas merayau sekitar bandar maka berjumpalah sebuah gerai makanan yang terletak bersebelahan Pejabat Pekida Daerah Jasin. Ok...jugalah makanan kat situ.

No comments: