Pages

Monday, September 3

Ziarah Cakna UPSR 2012

Pagi tadi saya meluangkan masa menyertai En. Azlan Abd Rahman (Penyelia Sukan) dan En. Hasrulhisyam Ismail (Fasi Linus) mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah sekitar Merapoh bagi Program Cakna UPSR 2012. Kumpulan kami telah ditugaskan mengadakan lawatan ziarah cakna UPSR ini di empat buah sekolah iaitu SK Chegar Perah, SK (LKTP) Chegar Perah, SK Teluk Gunung dan SK Merapoh. Kami bertolak dari Pejabat Pelajaran Daerah Lipis pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke destinasi pertama iaitu SK Chegar Perah pada pukul 9.15 pagi. Kami mengambil sedikit masa memberi kata-kata perangsang serta panduan persediaan akhir kepada calon-calon UPSR di sekolah tersebut.

Turut bersama kumpulan kami ialah En. Hamdan Harun, Timbalan PPD Lipis. Kami sungguh berbesar hati kerana Tuan Timbalan sudi ikut bersama.

Selain memberi kata-kata motivasi kepada calon-calon UPSR 2012, kami juga mengambil kesempatan mengedarkan kad Jawab Sampai Betul (JSB) yang dibekalkan oleh Pengarah Pelajaran kepada semua calon UPSR di negeri Pahang. Kad JSB ini mengandungi kata-kata semangat agar dapat mendorong calon-calon UPSR menjawab dengan sebaik mungkin.

Calon-calon UPSR 2012 SK Chegar Perah

Calon-calon UPSR 2012 SK (LKTP) Chegar Perah

Calon-calon UPSR 2012 SK Teluk Gunung

Calon-calon UPSR 2012 SK Merapoh

Bersama Guru Besar serta GPK SK Merapoh
Harapan kita, dengan usaha kuat guru-guru serta semua murid, pencapaian UPSR tahun ini akan  jauh lebih baik berbanding tahun lepas. Semoga hasrat Tuan PPD untuk melihat Lipis muncul sebagai yang terbaik di kawasan Pahang Barat ini akan tercapai. Sama-samalah kita berdoa dan berharap.

No comments: