Pages

Monday, September 24

Looking from another angle

Pada 18 hingga 20 September 2012 yang lalu, bertempat di Hotel Megaview Kuantan telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Lipis. Mesyuarat yang dilaksanakan secara pakej ini telah dihadiri oleh 14 orang GPK dan 10 orang Pegawai dari PPD Lipis. Mesyuarat kali ini bertujuan memberi peluang kepada semua GPK untuk melihat tugas-tugas yang mereka laksanakan di sekolah dari sudut pandangan yang lain. Umpama seorang pelukis, selepas menyapu warna beberapa kali pada kanvas, dia akan berundur selangkah dua untuk melihat hasil kerjanya dari jarak yang lain. Ketika melaksanakan tugas di lokasi, kita jarang punya masa untuk menilai sendiri hasil kerja kita. Pada sangkaan kita mungkin semuanya baik belaka tetapi benarkah begitu? Bagaimana pandangan orang lain terhadap kita? Nah...inilah masanya beberapa hari yang lega untuk kita menilai semua itu.

Semua GPK Pentadbiran hadir kecuali GPK Pentadbiran SMK Clifford dan SMK Panglima Garang Abdul Samad yang tidak dapat hadir kerana terpaksa hadir ke mesyuarat yang lain. Walau bagaimanapun mereka telah diganti oleh GPK HEM sekolah masing-masing.

Terima kasih kepada En. Hazimin dan En. Firdaus kerana mengambil bahagian dalam pembentangan sempena Mesyuarat Pengurusan GPK Pentadbiran ini.

Tension...banyak sangat imput yang hendak diserap, moh la kita makan.

Ketika saya bertanya En. Wan Hamid, KS Pengurusan Sekolah ketika bertemu beliau seminggu yang lalu, beliau memaklumkan tidak dapat hadir ke mesyuarat ini kerana terpaksa ke Genting Highlands untuk Program Refleksi Guru Baru. Namun, pada malam akhir di Megaview itu saya menerima panggilan daripada Tuan KS bahawa beliau ingin hadir untuk bertemu dengan GPK Pentadbiran sekolah-sekolah menengah daerah Lipis ini. Banyak perkara yang ingin beliau kongsi dengan mereka.

Riadah petang...bermain bowling di Berjaya Megamall. Hai En. Aziz, tak muat ke jari tu? Carilah bola yang besar sikit.

Ini warming up ke atau berlatih untuk celebrate kemenangan? 

Steady Tuan PPD, dapat juga strike 3 kali. Emm...malu kita yang muda-muda nie.

Walaupun jari terlekat dalam lubang dan bola terlepas ke belakang, namun Cikgu Pie berjaya juga mengalahkan semua GPK. Emm...tahniah Cikgu Pie. Lepas nie jenuh la urut jari tu ye.

Dr. Haji Tajuddin Mohd Yunus, KPP Sektor Pengurusan Sekolah menerima cenderahati daripada Tuan Haji Misnan, PPD Lipis. Topik intergriti yang disampaikan oleh beliau amat menarik sekali untuk dihayati dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Ceramah yang disampaikan oleh Tuan KS sarat dengan idea-idea yang boleh dijadikan panduan oleh semua GPK Pentadbiran. Walaupun hanya 2 slide, namun tuan KS berjaya describe hampir 1 jam setengah.

Terima kasih kepada Unit Akademik ( En. Rokeman, En. Hazimin dan En. Hassan Basri) yang telah mengisi 3 slot bagi mesyuarat kali ini. Setinggi penghargaan juga buat En. Shawaludin Abu, Penolong PPD Kokurikulum yang telah bertindak cemerlang sebagai Urusetia.

Terima kasih kepada Cik Norhaidayu dan Puan Supiah di atas segala pertolongan yang anda berdua berikan kepada Unit Pengurusan Sekolah. Bukan hanya untuk mesyuarat ini, malah pertolongan-pertolongan lain terutama dalam memastikan Pengurusan Sekolah selesa berhadapan audit ISO dan SIRIM (walaupun kita tidak diaudit baru-baru nie, namun saya percaya kita telah cukup bersedia untuk itu). Semoga anda berdua akan terus berkhidmat dengan komitmen yang tinggi kepada kami di Unit Pengurusan Sekolah.

"Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal"

No comments: