Pages

Thursday, May 31

Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP)

Dalam perjalanan balik dari Kuantan tadi, dua tiga kali juga nak terbabas. Mengantuk betul rasanya. Dua botol Red Bull tak memberi apa-apa kesan. Maklumlah malam semalam pukul 2 pagi baru dapat tidur kerana menyiapkan biodata Tokoh Guru Negeri Pahang 2012 yang akan dimasukkan ke dalam buku program Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri yang akan diadakan di Lipis pada 16 Jun nanti. Bermula dari 29 Mei saya berada di De-Rhu Beach Resort, Kuantan untuk menghadiri Seminar Jejak Gemilang UPSR 2012, Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP). SISP ialah sekolah rendah yang diwujudkan di sekolah menengah bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Di negeri Pahang terdapat 4 buah SISP iaitu di SMK Clifford (Lipis), SMK Seri Bentong (Bentong), SMK Seri Tualang ((Temerloh) dan SMK Seri Pekan (Pekan). Untuk memasuki sekolah ini, murid-murid Tahun 3 sekolah-sekolah rendah di daerah berkenaan dan daerah-daerah berdekatan terlebih dahulu dikehendaki lulus ujian kemasukan. Kebanyakan murid-murid SISP ini akan tinggal di asrama. Pada peringkat awal agak sukar bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama, maklumlah masih muda dah terpaksa berdikari. Namun dengan adanya Pembantu Pengurusan Murid beberapa tugasan harian mereka dapat diringankan.
Bermula dari 28 hingga 31 Mei, murid-murid Tahun 6 SISP ini dikumpulkan di De-Rhu Beach Resort untuk program motivasi dan pengukuhan mata pelajaran. Perbelanjaan sepanjang berada di hotel ini telah ditanggung oleh Yayasan Pahang. Semoga dengan adanya program-program sebegini, kecemerlangan pendidikan SISP akan lebih menyerlah.

 Pegawai-Pegawai JPN, PPD dan guru-guru SISP sedang tekun mendengar buah fikiran dan pandangan dalam sesi perkongsian ilmu ke arah kecemerlangan SISP

 Malam Apresiasi Seni. Di meja utama - Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah bersama-sama Pengetua-Pengetua SISP.

 Bersama rakan sebilik, En. Mohamad Bakri, Penolong PPD Menengah Maran.

 Tarian Selamat Datang yang dipersembahkan oleh murid-murid SISP sejurus majlis bermula

 Berbakat juga murid-murid SISP nie..siap boleh buat drama muzikal lagi,

Lama dah dengar tentang keistimewaan mee calong Beserah tetapi tidak pernah ada kesempatan untuk merasanya. Alhamdulillah...kebetulan berada di Kuantan nie, bolehlah pekena mee calong. Hem...memang sedap. Kalau deme kebetulan ke Kuantan...lajak-lajaklah ke Beserah, boleh pekena mee calong. Warung tu tepi jalan je, dekat Petronas jalan Beserah. Kalau dari bandar Kuantan sebelah kiri.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

 Tahniah kepada Pn. Devi binti Masran (Guru Besar SK Lubuk Kulit), En. Ab. Yazi bin Juhat (Guru Besar SK LKTP Kechau 1) dan En. Aziz bin Bakar (Guru Besar SK Kuala Koyan) kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011.

En. Zakaria bin Samah, Penolong PPD Rendah merupakan salah seorang Pegawai di PPD Lipis yang menerima APC kali ni. Tahniah Che Ya.

* ada lagi yang dapat...tak ingat la pulak.

Tiga hari dua malam yang kalut

Pening...tension...kalut...itulah beberapa perkataan yang boleh saya lontarkan apabila merujuk kepada Mesyuarat Pertukaran dan Penempatan pada 20 hingga 22 Mei yang lalu. Mesyuarat yang diadakan di Plaza Hotel, Kuala Lumpur itu benar-benar mencabar daya tahan mental dan fizikal. Walaupun ini merupakan kali kedua saya terlibat dengan mesyuarat pertukaran dan penempatan guru-guru, namun cabarannya tetap ada. Mesyuarat kali ini, saya terpaksa berhadapan dengan kehilangan 14 orang guru yang mana mereka telah berjaya dalam permohonan pertukaran masing-masing. Dicampur dengan kekosongan sedia ada, jumlah keperluan guru bagi daerah Lipis ialah 19 orang. Alhamdulillah, selepas bertegang leher dengan sahabat-sahabat dari daerah lain, maka dapatlah untuk daerah Lipis seramai 23 orang guru. Dah berlebih 4 orang pula. Malangnya opsyen yang diharap-harapkan tak dapat juga. Lipis kehilangan 2 orang guru Bahasa Inggeris yang tidak dapat diganti. Harap-harap adalah penempatan guru Bahasa Inggeris pada masa hadapan. Kesian kepada pelajar-pelajar SMK Kerambit dan SMK Padang Tengku kerana ketiadaan guru Bahasa Inggeris untuk menggantikan guru mereka yang bertukar. Semoga pihak sekolah dapat bertindak secara bijak bagi mengatasi masalah ini.
Sepanjang mesyuarat ini juga, saya tidak menang tangan terpaksa melayani panggilan telefon daripada guru-guru yang ingin mengetahui status permohonan mereka dan tidak kurang juga yang ingin merayu agar pertukaran mereka diluluskan. Seperti yang saya pernah sebut semasa pertukaran bulan November dahulu, kalau boleh kita hendak menunaikan semua hasrat hati guru-guru tetapi apakan daya sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mendapat guru yang betul opsyennya, maka beberapa permohonan terpaksa ditangguhkan dulu. Harapan saya, guru-guru dapat bersabar dan sanggup meletakkan kepentingan murid-murid melebihi kepentingan peribadi.

 Tuan Haji Tajuddin, KPP Sektor Pengurusan Sekolah dan En. Borhanuddin sedang mengendalikan Mesyuarat Pertukaran dan Penempatan Guru Jun 2012

Semua nampak tension je...malam nie kena pergi karaoke la.

Saturday, May 19

Sehari Bersama Penerima KWAPM

Hari ini (19 Mei 2012) bertempat di SK Betau telah berlangsung Program Satu Hari Bersama Penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Program ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir dalam program ini ialah Dato' Wan Rosdy bin Wan Ismail, ADUN Jelai, En. Yahya Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang dan En. Isa, Pengarah JAKOA Pahang. Program ini melibatkan penerima KWAPM dari 6 buah sekolah orang asli iaitu SK Betau sendiri, SK Titom, SK Lenjang, SK Senderut, SK Lanai dan SK Kuala Koyan. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.

 Ketibaan Dato' Dr Rosli disambut oleh Pegawai-Pegawai JPN Pahang, Pegawai-Pegawai PPD Lipis, Guru Besar-Guru Besar sekolah orang asli, guru-guru dan masyarakat orang asli di sekitar Kampung Betau.

 Beberapa orang guru SK Betau bersedia dengan anyaman kepala dan selendang untuk dipakaikan kepada tetamu kehormat yang datang.

Tarian Sewang dipersembahkan oleh murid-murid SK Betau sebagai mengalu-ngalukan kedatangan Dato' Dr Rosli dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Semua tetamu kehormat berada di atas pentas bagi melaksanakan Program Sehari Bersama Penerima KWAPM

 Dato' Dr Rosli sedang menyampaikan bantuan KWAPM kepada penerima-penerima yang layak.

Penyerahan mock-up cek bantuan KWAPM kepada Guru Besar sekolah-sekolah orang asli.

Ibu bapa murid-murid yang menerima bantuan KWAPM bergambar beramai-ramai dengan tetamu kehormat yang hadir pada petang ini.

Majlis diakhiri dengan minum petang di dewan makan asrama SK Betau.

Wednesday, May 16

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Salam Perak aman jaya...itulah ungkapan salam yang dilontarkan oleh orang Perak ketika memulakan sesuatu ucapan. Tahun ini giliran negeri Perak menjadi tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41. Oleh kerana Lipis akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Guru peringkat negeri pada 16 Jun nanti, maka saya telah dipilih untuk menyertai rombongan daripada Pahang ke majlis sambutan tersebut. Saya bersama Tuan PPD bertolak ke Ipoh dengan menggunakan kenderaan pejabat. Ikut jalan Betau ke Cameroon dan turun ke Simpang Pulai memakan masa lebih kurang 5 jam. Turut serta dalam rombongan ini ialah Pengarah Pelajaran Pahang, Ketua-Ketua Sektor dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Pahang.

 
Rombongan daripada Pahang seramai 40 orang ditempatkan di Hillcity Hotel, Ipoh. Saya tak pernah menginap di hotel nie. Nasib baiklah Tuan PPD ada bawa GPS kalau tak susah juga nak mencarinya.

Jamuan Makan Malam diadakan di Kediaman Menteri Besar Perak. Untuk mengelak kesesakan lalu lintas kami bertolak seawal jam 7.15 petang. Dari hotel ke rumah MB cuma 10 minit sahaja. Majlis bermula pada jam 8.30 malam. Tunggu sikit tak apalah asalkan tidak perlu bersusah payah mencari parking. (dah bertaraf musafir ni, bolehlah jamak maqrib dan isyak). Tersentuh juga hati saya apabila Dato' Sri Diraja Dr Zamri bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak menceritakan sejarah kehidupan beliau yang sangat bergantung kepada ketekunan dan usaha tanpa jemu guru mengajar beliau sehingga mampu ke menara gading. Siapa sangka anak seorang nelayan yang masa depannya penuh kesamaran tiba-tiba mampu menerajui sebuah negeri. Inilah kuasa Tuhan...tiada siapa mampu menjangkanya.

Hampir 3 ribu juga tetamu yang dijemput untuk Majlis Makan Malam ni. Saya kira berdasarkan jumlah meja. Satu meja ada 10 kerusi, kalau dah ada 300 meja...tak 3 ribu orang. Dah ramai sangat tu, maka sukarlah nak mencari meja yang dikhaskan untuk rombongan daripada Pahang. Kat tengah rupanya dia orang letak. Malam ni saya bertemu dengan sahabat lama Norhisham Abd Shukor, yang sama-sama belajar di UPSI pada tahun 2003 hingga 2006. Selama tempoh belajar tu, kami juga tinggal serumah di Kampung Melayu B, Ulu Bernam (Rumah Haji Bakar - taukey stesen minyak Shell di Ulu Bernam. 3 bulan tak bayar sewa pun dia tak kisah. Bila bayar sekali gus, dia tak kira pun duit tu terus dimasukkan ke dalam laci. Thank u tuan haji)

Dato' Mazlan, Pengarah BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia (mantan Pengarah Pelajaran Pahang) bersalaman dengan para jemputan.

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ini sebenarnya bukan diadakan di Bandaraya Ipoh tetapi di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Oleh kerana agak jauh, pukul 7.30 pagi kami dah mula bertolak dari hotel. Kali ni GPS Tuan PPD tak dapat membantu sebab dewan ni tak ada dalam senarai 'destination'nya. So...kena redah je la.

Simple je bannernya. Lipis esok siap dengan gambar gula kabung lagi.

Rombongan daripada negeri-negeri ditempatkan di kawasan yang ditetapkan. Sekali lagi Pahang diletakkan di tengah-tengah dewan. Susah benor kalau nak keluar ke tandas - kena lalu depan dua tiga baris orang.

Dato' Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran bersalaman dengan para pendidik yang hadir. Malam tadi Datuk Fuad Zakarshi ada hadir, pagi ni tak nampak pula.



Individu penting yang ditunggu-tunggu, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Teringin nak bersalam dengan TPM, tapi kedudukan saya yang agak terkebelakang sukar untuk berbuat demikian.Saya ingatkan adalah berita baik untuk pegawai-pegawai yang bertugas di PPD. Tak ada weh...sabor je la. Akhir sekali...tahniah kepada negeri Perak di atas penganjuran Sambutan Hari Guru Kali Ke-41 yang berjaya. Sikit-sikit mistake tu biasa la.

Tahniah buat semua Pengetua dan GPK

Tahniah buat semua Pengetua dan Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah menengah daerah Lipis. Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala GPK pula dari DG44 ke DG48. Pada hari Isnin baru-baru ini, pihak PPD Lipis telah mengadakan majlis khas penyerahan surat penempatan pemangkuan DG48 kepada 31 orang Guru Penolong Kanan di 12 buah sekolah menengah. Untuk membolehkan GPK ini mendapat pemangkuan DG48 ini, mereka mestilah dilantik ke DG44 pada 31 Disember 2010 ke bawah dan markah prestasi 3 tahun terkini tidak kurang daripada 80. Tuan PPD, Haji Misnan bin Haji Mohd Damin mengambil peluang bertemu dengan para GPK ini untuk memberi mereka kata-kata perangsang agar lebih tekun berusaha membantu Pengetua bagi menjayakan sekolah masing-masing. Mereka juga dinasihati menjaga penampilan diri terutama dari segi berpakaian supaya sesuai dengan status sebagai Guru Penolong Kanan.  

Anggaplah rezeki yang diperolehi ini hadir bersamanya tanggungjawab yang besar untuk anda semua laksanakan. Lakukanlah dengan sebaik mungkin.

Semoga segala amanat yang disampaikan oleh Tuan PPD selama hampir 1 jam setengah itu sentiasa diingati dan dituruti.

Saturday, May 12

Kuantan River Cruise

 
Saat ini saya sekeluarga berada di bilik 411, Hotel Megaview Kuantan. Actually...saya berada di sini atas urusan kerja walaupun bercuti hujung minggu. Kerja yang nak dibereskan tu sedikit sahaja, so sebab itulah bawa keluarga sekali. Kelampangan masa yang ada digunakan untuk membawa anak-anak berjalan-jalan di sekitar bandar Kuantan. Bangun pagi tadi selepas sarapan kami shoping sedikit baju anak-anak di Berjaya Megamall. Anak saya yang kecil tu sibuk sangat nak beli kasut bola. Entahlah...rasanya dah dua pasang kasut bola dah beli tapi main tidak juga. Dan seperti biasa la kalau pergi Berjaya Megamall, mesti nak makan sushi kat No Ya Japanese Restaurant. Nampaknya tak makan nasi la tengah hari ni. Letih berjalan, kami pulang ke hotel untuk berehat dan terlelap....Petang selepas solat Asar, anak-anak bising nak ajak naik river cruise. Waktu datang Kuantan bulan Mac dulu tak sempat nak naik sebab semua tiket dah ditempah oleh sebuah agensi. Kali ni nasib kami baik kerana tiket masih ada. Tiket bagi orang dewasa RM18 dan kanak-kanak RM15. Kuantan River Cruise ini mempunyai 6 trip iaitu pukul 11.30 am, 1.00 pm, 2.30 pm, 4.00 pm, 6.30 pm, 8.00 pm dan 9.00 pm. Kami menaiki trip pukul 6.30 pm. Perjalanan pergi balik dari jeti memakan masa selama 30 minit. 

Walaupun pelayaran di sungai ni nampak macam tidak berbahaya, namun kami dinasihati memakai jaket keselamatan juga. Eloklah tu...berjaga-jaga sebelum sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Sepanjang perjalanan dapatlah melihat hutan bakau, burung helang berterbangan mencari makanan dan perkampungan nelayan.

Perkampungan nelayan Tanjung Lumpur. (malam ni ingat nak pekena ikan siakap masak stim limau kat Tanjung Lumpur...datang Kuantan tak makan ikan, bukan laa...)

Terpaksa layan juga la anak-anak nak main video game.

Dah letih berjalan-jalan terpaksalah berehat sebentar. Lutut pun dah macam nak tercabut. Kebetulan waktu ini sedang berlangsung program anjuran Jabatan Penjara Malaysia. Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob. Nampak tadi Tan Sri Lee Lam Thye pun ada.

Dah lama saya tunggu buku Doctor in The House yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diterjemakan ke dalam bahasa Melayu. Alhamdulillah...penantian saya itu berhasil juga apabila naskah Doktor Umum sudah berada di pasaran. Waktu nampak buku ini di rak salah sebuah kedai buku di tingkat dua Berjaya Megamall tu, saya terus membelinya. Harga naskah translate ni ialah RM59. Harga ini merupakan separuh daripada harga asal buku berbahasa inggeris yang berkulit tebal itu. Dengan jumlah muka surat 982 ni, tak tau la berapa bulan teman boleh menghabiskannya.

Thursday, May 10

Sibuk sangat

 
 Hem...dah lama teman tak menulis dalam blog ni. Bukan tak ada isu penting yang nak dikongsi bersama, cuma masa yang agak terbatas. Dua bulan ni agak sibuk sedikit, banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Antara tugas-tugas tersebut ialah kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan 6 untuk sesi 2012/2013, Pemutihan eOperasi, pertukaran guru (eGTukar 1 Jun) dan yang paling teruk ialah tugas sebagai Setiausaha Hari Guru. Tahun ini Lipis telah terpilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan pada 16 Jun nanti. Setakat ini 4 kali mesyuarat telah diadakan bagi memastikan program sambutan Hari Guru ni berjalan lancar. Sebagai setiausaha nampaknya teman menjadi personel rujukan yang sangat penting. Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kerja sentiasa menghubungi teman untuk mendapat maklumat berkaitan tugasan yang akan mereka laksanakan. 
Minggu lepas teman terpaksa menghadiri Mesyuarat Penempatan Tingkatan 6 selama 3 hari 2 malam di Hotel Plaza, Kuala Lumpur dan hari ni pula teman baru sahaja balik daripada Hotel Dynasty Kuala Lumpur kerana menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data Opmen. Pada 15 Mei ini, selaku setiausaha Hari Guru Daerah teman diminta menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Perak. Memang agak padat betul jadual kali ni. Terasa betul penatnya...namun teman pasrah, inilah tugas yang telah diamanah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

 Ketika Mesyuarat Opmen di Dynasty Hotel, kesempatan telah diambil untuk meraikan dua orang sahabat Penolong PPD Menengah yang telah bertukar jawatan. Mereka ialah En. Nor Ahmad (PPPDM Raub) yang dinaikkan pangkat Sebagai Timbalan PPD Cameroon Highlands dan En. Mohd Sabri (PPPDM Bera) yang kembali bertugas di SMK Paya Lebar. Kepada kedua-dua sahabat ini, semoga dapat bertugas dengan lebih baik di tempat yang baru.

Dalam sibuk-sibuk mengemaskini data Opmen dan eGTukar sempat juga la teman merayap kat Low Yat. Dari Hotel Dynasty jalan kaki ke stesen monorel Titiwangsa dan turun kat stesen Imbi. Hajat hati nak jalan-jalan je...hem nak buat macam mana hati tertarik pula kat android tablet (MyTab) buatan Taiwan. Boleh tahan juga la harganya RM599. Kata jurujual tu 'sebijik' macam Samsung Galaxy Tab cuma tak oleh buat panggilan telefon sahaja.

 Pada 8 Mei yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang di PPD Lipis. Mesyuarat itu telah di pengerusikan oleh En. Rusdi, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua-Ketua Sektor, Ketua Penolong Pengarah, Pegawai Pelajaran Daerah dan Setiausaha Hari Guru Daerah. Untuk mesyuarat tersebut, teman diminta menyediakan persembahan powerpoint bagi memaparkan Cadangan Sambutan Hari Guru yang akan dijalankan di daerah Lipis. Cuti 3 hari (Ahad cuti hari Hol) teman tak dapat ke mana-mana, concentrate menyiapkan powerpoint tersebut je.

Pada 28 Mei yang lalu, teman bersama keluarga telah berkunjung ke rumah mak mertua kakak ipar di Kampung Sungai Balai Darat, Bagan Datoh. Kami telah dijemput untuk meraikan majlis pertunangan anak sedara suami kakak ipar. Yang bestnya tentang kampung ini ialah di hadapan rumah ada anak sungai yang banyak ikan. Bagi anak teman dan sepupu-sepupunya, peluang memancing ini tidak dilepaskan. Banyak juga la ikan yang dia orang dapat.