Pages

Monday, May 30

Your Service Will Be Remembered

Inilah kereta lama saya Daihatsu Charade G10 (1979) dengan nombor pendaftaran WX4352. Kereta second-hand ni saya beli daripada seorang kawan pada tahun 2001 dengan harga RM4500. Kereta ini sebenarnya untuk kegunaan isteri saya berulang ke tempat kerjanya. Pada tahun 2003, apabila saya telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UPSI, saya terpaksa menjual kereta Iswara saya untuk mengurang beban bayaran bulanan ( maklumlah gaji separuh ) dan membeli sebuah kereta kancil untuk isteri saya. Kereta Charade ini saya gunakan untuk berulang alik ke Tanjung Malim selama 2 tahun setengah. Alhamdulillah selama berulang-alik itu, tiada sebarang kerosakan dialami oleh kereta ini. Cuma di hari terakhir kuliah, dalam perjalanan balik ke Kuala Lipis saya terbabas di jambatan besi berdekatan Gap Bukit Fraser. Nasib baik ada divider, kalau tidak mahu terhumban saya ke dalam gaung di bawahnya. Kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang bulan Ramadan tahun 2005. Nyaris saya terpaksa berbuka puasa di dalam hutan, nasib baik ada insan berhati mulia yang sanggup menumpangkan saya ke Raub. Kereta Charade tu, saya tinggalkan di tempat kejadian sehingga keesokannya. Kereta itu mengalami kerosakan yang agak teruk di kedua-dua pintu kirinya mungkin kerana impak hentaman pada divider besi. Saya tidak berhajat untuk membaiki kereta tersebut, lalu kereta tersebut diberikan kepada biras saya di Raub. Kereta itu telah dibaiki dan digunakan sehinggalah tahun 2008. Kereta lama ni memang susah sikit nak cari spare part, so...apabila kerosakan semakin ketara maka terbiarlah ditepi jalan. Baru-baru ini, biras saya menelefon memaklumkan bahawa kereta itu hendak dijual sebagai besi buruk sahaja dengan harga RM350. Hem...tamatlah riwayat Charade G10 ( 1st generation ) saya.

..........Your service will be remembered.

No comments: