Pages

Sunday, May 22

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2011

Pada hari Sabtu baru-baru ini, saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2011 yang telah diadakan Dewan Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera. Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Yaakob, Menteri Besar Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato' Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Nan menyarankan semua guru back to basics dalam melaksanakan tugas mereka. Guru harus melaksanakan 3 perkara iaitu, mengajar, mendidik dan membantu. Seandainya para guru melaksanakan ketiga-tiga tugas tersebut dengan sempurna, insyaallah...jasa dan pengorbanan guru itu akan sentiasa dikenang oleh anak-anak murid mereka. Anugerah Tokoh Guru Negeri Pahang 2011 disandang oleh Dato' Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib, bekas Pengarah Pelajaran Negeri Pahang (2004 hingga 2007)
.
Penganjuran Sambutan Hari Guru oleh daerah Bera pada tahun ini berjalan lancar. Konsep hiasan pentas dan persembahan yang bercirikan Satu Malaysia sungguh menarik. Cuma ada la satu dua kelemahan yang boleh dibaiki antaranya ialah sound system semasa tayangan multimedia Tokoh Guru (bunyi bising semasa penayangan klip video itu menjejaskan penghayatan audien). Selepas tetamu terhormat sudah masuk dan majlis telah dimulakan, seeloknya tidak ada lagi pergerakan di dewan yang mengganggu concentration hadirin. Bermakna siapa-siapa yang datang lambat, duduklah kat belakang atau jangan masuk langsung. Satu lagi kalu boleh...gunalah dua kamera, supaya pergerakan kamera mencari angle tidak terlihat di dalam skrin. He3x...banyak pula complaint.

Saya bersama Encik Shamsudin Basir, Penyelia Sekolah Rendah merangkap Setiausaha Hari Guru Daerah Lipis. Cikgu Din, tengok betul-betul...tahun depan silap-silap kita lak yang jadi tuan rumah.

Dato' Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Pahang bersalam-salaman dengan para hadirin. Aik...bos teman pun ada kat belakang tu (Hj. Basirun). Boleh le balik lepas ni, bos dah tahu teman datang.


Mende topik yang Haji Suhaimi (GB SK Padang Tengku) duk citer tu, sampai khusyuk benar Encik Hasbi (GB SK Berchang) dan En. Shahrir ( GB SK Jenderak Selatan) mendengarnya.

No comments: