Pages

Wednesday, March 2

Taklimat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Pagi tadi (3 Mac) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Orang Kaya Haji telah diadakan Taklimat Pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pejabat Pelajaran Daerah Lipis 2011. Taklimat telah disampaikan oleh En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD Lipis. Seramai 6 orang Pengetua dan 7 orang Guru Besar telah terpilih untuk menghadiri taklimat tersebut. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada Pengetua dan Guru Besar berkaitan KIK. Diharapkan dengan pendedahan ini, mereka akan memberi sokongan kepada pembentukan kumpulan KIK di sekolah-sekolah. Peranan Pengetua dan Guru Besar selepas ini ialah menubuhkan kumpulan KIK yang terdiri daripada 4 hingga 10 orang kakitangan serta melantik seorang ketua pasukan. Satu taklimat yang lebih terperinci akan diberikan kepada ketua-ketua pasukan selepas ini. Diharapkan pada tahun ini PPD Lipis akan dapat menghantar peserta ke pertandingan KIK peringkat Jabatan Pelajaran Pahang.


Kumpulan KIK yang dibentuk nanti berperanan untuk mengenal pasti, memilih dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja. Mereka kemudian akan mengemukakan idea baru atau cadangan untuk menyelesaikan masalah kepada pihak pengurusan untuk dipertimbangkan. Apabila dipersetujui oleh pihak pengurusan, mereka akan melaksanakan projek KIK tersebut secara sukarela.

Falsafah KIK ialah memberi peluang kepada pekerja untuk membantu organisasi dalam menyelesaikan masalah kerja.

*Nota : Dulu KIK dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkat Mutu Kerja)

No comments: