Pages

Wednesday, March 9

Debriefing Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA)

Pada 9 Mac 2011 (Rabu), bertempat di bilik mesyuarat SMV Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis telah berlansung Program Debriefing Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sekolah-sekolah daerah Lipis. Program yang dianjurkan oleh Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Pahang itu bertujuan untuk melihat perancangan sekolah-sekolah ke arah mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deal). Program dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi bersama Guru Besar di sebelah pagi dan sesi bersama Pengetua di sebelah petang. Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Hajah Zabedah binti Haji Osman turut hadir mempengerusikan program. Program ini telah dirasmikan oleh En. Yahya bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.
.
Guru Besar yang terpilih untuk pembentangan berdebar-debar...yang tak terpilih pula, rasa selamat asyik berbual-bual je la. Lain kali kita tak akan umum dahulu sekolah mana yang kena bentang, biar semua orang bersedia. Apa-apa pun tahniah buat Pn. Norizan, Guru Besar SK Tempoyang di atas persembahan yang cukup memberansangkan.

Pembentangan sekolah menengah agak 'tergelincir' sikit daripada tajuk, mungkin sebab belum mendapat pendedahan yang mantap berkaitan dengan SBT dan New Deal.

En. Yahya bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah sedang menyampaikan amanatnya kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Lipis. Antara intipati ucapan beliau yang patut diamalkan ialah teori Newton (semakin dekat, semakin kuat daya). Oleh itu, pemimpin sekolah hendaklah sentiasa 'dekat' dengan guru-guru agar mudah menggerakkan mereka ke arah mencapai kecemerlangan.

Pn. Norizan, Guru Besar SK Tempoyang sedang membentangkan perancangan sekolah beliau. Semoga SK Tempoyang akan berjaya dinobatkan sebagai SBT.

Timbalan Pengarah menikmati jamuan makan tengah hari. Hajah Zabedah (Ketua Sektor Jaminan Kualiti) akan bersara pada 12 April 2011.

Pegawai-Pegawai Sektor Jaminan Kualiti, dari kiri Tn. Hj. Zaberi, Tn. Haji Rozali (KPP), En. Khairel Hing dan En. Ramlan. (Hujung April ni nak jemput En. Ramlan datang Lipis bagi taklimat tentang KIK kepada ketua-ketua pasukan yang dipilih)

Pegawai-Pegawai daripada PPD Lipis yang turut hadir.( dari kiri : Ustaz Nor'azmuddin, Hazimin, Rokeman dan Irza )

No comments: